Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

Institut Peradaban Melayu

Menyambut Hari Kekasih ini kita tidak bimbang!

valentine
Apabila padri Kristian mahu menggunakan kalimah Allah, kita tersangat bimbang.

Apabila unsur Kristian dibawa masuk ke dalam kehidupan kita, kita mungkin tidak sedar pun itulah Kristianiti!

"Selepas menyambut Krismas dua bulan lalu, seminggu lagi kita menyambut hari "Kekasih" pula. Sekarang pun sudah ramai muda mudi yang ghairah bercakap-cakap tentang Hari Kekasih.

Bacalah!

"Saint Valentine's Day, commonly shortened to Valentine's Day, is an annual holiday held on February 14 celebrating love and affection between intimate companions. The holiday is named after one or more early Christian martyrs named Valentine and was established by Pope Gelasius I in 496 AD. It is traditionally a day on which lovers express their love for each other by presenting flowers, offering confectionery, and sending greeting cards known as "valentines". The holiday first became associated with romantic love in the circle of Geoffrey Chaucer in the High Middle Ages, when the tradition of courtly love flourished. Modern Valentine's Day symbols include the heart-shaped outline, doves, and the figure of the winged Cupid. Since the 19th century, handwritten valentines have largely given way to mass-produced greeting cards."

Teks dan gambar diambil daripada Wikipedia.

 

Adapun Melayu Itu Adalah Sebuah Bangsa Besar!

leaves

Entri asal 15 Februari 2009

Diterjemahkan daripada the Star Online, Sunday February 15, 2009 “Understanding the Malayu”

Direviu oleh NEIL KHOR

LEAVES OF THE SAME TREE: Trade and Ethnicity in the Straits of Melaka
(DAUN DARIPADA POHON YANG SATU: Perdagangan dan Keetnikan di Selat Melaka)

Oleh Leonard Andaya
Penerbit: University of Hawaii Press, 320 pages
ISBN: 978-0824831899

Penulis buku ini, Prof. Leonard Andaya, seorang sarjana yang berasal dari Filipina, bukanlah orang asing kepada wilayah ini. Beliaulah yang menulis Sejarah Johor (History of Johor) dan Sejarah Moluku (History of Moluku). Dan, beliau juga menulis buku Sejarah Malaysia (History of Malaysia) bersama isterinya Barbara Watson.

Beliau adalah seorang sarjana yang matang, dan buku ini adalah karya beliau setelah sekian lama berada dalam dunia akademik. Oleh sebab itu, buku ini dapat dianggap sebagai puncak kerjaya akademiknya dan tugu pada kajiannya mengenai sejarah yang memakan sepanjang hayat beliau.

Buku Leaves of the Same Tree (Daun daripada pohon yang satu) mebayangkan bahawa perkembangan jatidiri etnik “Malayu” itu berasal daripada Barat Borneo, dan berkembang di Selat Melaka. Ini meliputi zaman selama 1,000 tahun. Namun penekanannya diberi kepada zaman 500 tahun terakhir.

Prof. Andaya mengatakan ini adalah tugas besar dan membawa cabaran besar pula. Dalam usahanya mencari tempat asal “Malayu” beliau terpaksa merungkai banyak lipatan sejarah, dan mengasingkanny daripada nasionalisme, dan merombak kembali beberapa pemikiran yang sudah sedia ada. Perkara yang penting adalah hakikat bahawa Andaya menggunakan konsep keetnikan sebagai alat penyelidikan. Kajian saintifik terakhir, terutama sekali, kajian mengenai asal usul manusia menyebabkan kaedah ini tidak dapat digunakan. Istilah keetnikan ini adalah sebuah konsep mengenai jatidiri yang didasarkan kepada budaya, dan bukan biologi. Konsep ini, membuatkan konsep ras itu tidak dapat digunakan. Keetnikan adalah konsep identiti yang didasarkan kepada budaya, iaitu bagaimana kita hidup dan tidak menurut jenis darah yang mengalir di tubuh kita.

Kajian begini menjadikan Leaves of the Same Tree ini sebuah bacaan yang mempesona. Prof. Andaya berjaya menggabungkan sebuah penceritaan berdasarkan kedua-dua bahan iaitu bahan sejarah biasa dan juga bahan sejarah yang kurang lazim digunakan. Umumnya, buku ini mencuba menentukan apa yang membentuk pengetrtian “Malayu” yang sangat kompleks itu.

Sebagai seorang sarjana handal, terutama sekali apabila mencuba mencari jawapan kepada jatidiri etnik yang kompleks ini. Beliau bermula dengan melihat rakaman sejarah: iaitu apa yang ditinggalkan oleh orang Malayu pada prasasti, seninya, bahasanya, tradisi lisannya, dan akhir sekali rakaman tertulis.

Salah satu daripada masalah besar dalam penyelidikan begini adalah kurangnya bukti yang mengesahkan sebenarnya ada identiti etnik Melayu itu. Pada masa ini pula semua ini merupakan tiga buah tradisi semasa dan memori dalam tiga buah negara yang berlainan.

Selain daripada bahasa Malayu itu yang sudah menjadi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia, gaya hidup orang Melayu ini pula sudah menjadi sangat berlainan sehingga sukar untuk kita mengatakannya adalah suatu etnik yang sama.

Namun di situlah terletaknya kepentingan strategik kaedah penyelidikan Prof. Andaya. Sebagai sebuah alat, keetnikan ini membolehkan sejarahwan menggunakan bukti daripada antropologi, sosiologi, sejarah ekonomi dand kajian budaya.

Inilah yang membolehkan kita menelusuri usul asal dan perkembangan Malayu itu. Ini membolehkan usul-asal dan perkembangan orang Melayu itu dicari. Khusunya, bagaimana kita mentafsirkan mitos and legenda dalam konteks yang bermakna. Sejarah Melayu, adalah dokumen yang mencampurkan mitos dengan sejarah, dan adalah tepat pada satu sisi.

Orang Malayu ini adalah pelaut, dan inilah yang membolehkan mereka berkembang dari Borneo ke Selat Melaka, membentuk petempatan di Sumatra dan juga Semenanjung Tanah Melayu.

Pemikiran Prof. Andaya ini bersandar pada empat fasa yang membentuk identiti etnik Malayu hingga ke tahap semasa. Pada setiap fasa, suatu kualiti baru ditambahkan kepada identiti Malayu itu. Negeri-negeri Malayu ini didirikan pada kuala-kuala sungai yang menjadi tempat pengumpulan barang dagangan dari pedalaman. Orang Malayu ini mempunyai hubungan rapat dengan “Orang Asli” atau “Suku Terasing,” yang memungut hasil mahsul yang sangat dikehendaki.

Dengan demikian, selama seribu tahun lalu, negeri-negeri Malayu ini telah terbina di Segenting Kra (Thailand Selatan), Kedah, Melaka, dan Temasik (di Malaysia dan Singapura), Palembang dan Acheh (di Indonesia). Negara-negara ini terletak di pantai Selat Melaka yang menghubungkan Lautan India dengam Lautan China Selatan.

Andaya menjelaskan wilayah ini wajar dipanggil “lautan Malayu kerana ia merangkumi jaringan yang luas terbentang dari Lautan Hindi menuju Lautan China, dari India ke Vietnam. Lautan ini dipanggil oleh beliau Lautan Malayu kerana manusia Malayu itu jelas dikaitkan dengan kelompok yang dipanggilnya ‘Malayu’ yang menguasai perairan ini.

Inilah yang menunjukkan identiti budaya orang Malayu itu. Ciri identiti ini diperkukuh dengan menuturkan bahasa yang sama. Bahasa yang satu itulah yang digunakan bagi menjalankan perniagaan di Lautan Malayu ini. Sebagai sebuah bangsa yang menjalankan perniagaan, maka tidaklah hairan apabila istilah “Malayu” itu ada terakam dalam catatan perniagaan China pada kurun ketujuh. Pada tahun 644 masehi emperor Sui pernah menerima kunjungan sebuah perutusan dari sebuah kerajaan Malayu di Sumatra, iaitu Sriwijaya.

Pada masa itu empayar Sriwijaya itu memerintah sebahagian besar daripada kawasan pantai Sumatra yang berupa sebuah empayar perniagaan yang terbentuk daripada kerajaan yang berlainan yang dibenarkan memerintah sendiri. Di dalam kerajaan ini orang belajar Budhisme dan bahasa Sanskrit. Negeri-negeri Malayu ini kekal sebagai pusat jaringan perniagaan walaupun cengkamannya pada Bhudisme dan Hinduisme mula kemurun.

Dunia Malayu ini menggunakan undang-undang maritim yang sama, telah memprkukuhkan institusi “Raja” dan penerimaan Islam telah menjadi komponen penting pada identiti Malayu itu keseluruhannya. Negeri yang menjadikan Islam itu suatu ciri yang tidak dapat diceraikan daripada identiti Malayu adalah Acheh, yang terletak di hujung utara pulau Sumatra. Pesaing Acheh pula adalah Johor. Johor telah memperkukuh tradisi kebangsawanan istana yang dipesakainya daripada Melaka. Acheh sebenarnya menjadi warisan kepada kuasa empayar Islam selepas Melaka dalam kurun ke-17. Di bawah pengaruh pemerintahannya dan dengan sokongan peniaga dari Arab, maka gaya hidup Malayu-Muslim itu menjadi bertambah kukuh.

Sebagai sebuah identiti etnik, Malayu itu sudah dapat didefinisikan sebagai suatu cara hidup, bahasa dan agama. Tetapi yang menjadi bingkai pemersatu kepada keseluruhan ini adalah akarnya dalam perniagaan dan penjelajahan lautan. Oleh sebab itu, walaupun ada ketikanya identiti Malayu itu menjadi terkepung dalam sebuah negeri daratan, namun komponennya masih kembali kepada identiti “asalnya.”

Sumbanagn Prof. Andaya yang membantu kita memahami keetnikan ini adalah hasil daripada “perspektif yang lama” ini. Inilah yang membolehkan beliau menunjukkan identiti etnik itu sebagai sebuah proses. Dalam buku ini Prof. Leonard Andaya menunjukkan bagaimana identiti etnik “Malayu” sebagai sebuah himpunan dinamik ciri-ciri budaya yang menjadi sempadan budaya. Sebagai kesimpulannya kita melihat bagaimana orang “Malayu” itu membezakan dirinya daripada orang lain, dan dalam sesetengah kes, daripada kalangan dirinya sendiri.

Buku Daun dari Pohon yang Satu (Leaves of the Same Tree) adalah sebuah bacaan yang perlu untuk orang yang mahu memahami “Malayu” itu.

Pereviu buku ini, Neil Khor baharu sahaja menyelesaikan Ph D-nya menegnai Kesusasteraan Cina Baba di University of Cambridge, Britain.

Terakhir dikemaskini (Isnin, 08 Februari 2010 19:54)

 

Network Melayu Diaspora

melayuonline

Acara ini ditemui secara "tidak sengaja" di dalam internet selepas berakhir.

MAM memberikan sambutan pada Workshop Internasional "Revisiting Malay Diaspora for Malay World Networking" (Meninjau Ulang Diaspora Melayu Untuk Membangun Jejaring Melayu Se-dunia"). Yogyakarta, Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu (BKPBM), 18 - 19 Januari 2010

 

Si Tanggang Zaman Sekarang

cvn
Majalah Milenia bulan Januari 2010 memuatkan banyak artikel mengenai anak derhaka yang tidak membalas jasa ibu bapanya.

Ada yang menhantar orang tuanya ke Rumah Kenangan, dan tidak menjenguk mereka lagi.

Ada yang menghantar orang tuanya ke hospital kusta dan tidak pernah menjengahnya setelah 10 tahun.

Ada yang menghantar orang tuanya ke hospital, dan tidak mengambilnya lagi.

Ada yang meninggalkannya di stesen bas.

Artikel yang terkandung dalam majalah ini seolah-olah meletakkan puncanya daripada pendidikan Barat. Namun ada ramai orang dalam masyarakat barat yang menjaga orang tuanya. Juga, tidak pula ada dalam buku-buku teks pendidikan Barat itu yang mengajarkan nilai ini.

Yang penting adalah kita mengetahui bahawa, behavior begini adalah pelahiran nilai yang dipegang oleh seseorang itu. Sekianya dia sayangkan orang tuanya, maka dia akan menjaga orang tuanya. Sejkiranya tidak, maka dia tidaklahj akan menjaga orang tuanya.

Bagaimanakah nilai ini terbentuk!

Nilai terbentuk dalam kalangan keluarga semasa kanak-kanak di rumah, bukan di sekolah. Apa yang mereka lihat dilakukan oleh orang tuanya, apa yang mereka dengar diungkapkan oleh orang tuanya, apa nilai kasih sayang yang ditunjukkan oleh orang tuanya, semuanya menjadi asas nilai yang dipelajari.

04
Antara 368 pesakit yang ditinggalkan terdampar di HKL. Mereka sangat menagih kasih sayang daripada anak-anak yang pernah mereka jaga.

Mungkin apabila kita berfikir kembali, daripada siapa mereka belajar nilai begini!

 

Negaraku!!! Maaf! Terang Bulan oleh Anneke Gronloh

 
Statistik Laman


counter

Profile

abdullah
Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah.

kursi
Prof. Dr. Adnan Nawang, Penyandang Ketiga Kursi Za'ba.

Pengarah Ke-2
Prof. Datuk Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Pengarah & Penyandang Kedua Kursi Za'ba, Mac 2006 - Februari 2008.

asmah
Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah & Penyandang Pertama Kursi Za'ba, Disember 2001 - Ogos 2005.