Institut Peradaban Melayu (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), sebuah universiti terkemuka di Malaysia, berperanan sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang peradaban Melayu dan permuziuman bertaraf antarabangsa. Penubuhan IPM berasaskan visi untuk memperkukuh dan memperluas pengajian serta kefahaman tentang warisan, budaya dan tamadun Melayu melalui pelbagai inisiatif ilmiah yang meliputi penyelidikan, penerbitan, pengkomersialan dan pameran pendidikan. Institut ini komited untuk memperkukuh pendidikan berkualiti di Malaysia dengan menumpukan kepada penyelidikan ilmiah, penerbitan akademik serta pembangunan ilmu berasaskan warisan bangsa. Melalui pelbagai aktiviti ilmiah, IPM berperanan memperkayakan khazanah ilmu pengetahuan dan menyumbang kepada pembinaan masyarakat yang berteraskan nilai serta identiti ketamadunan Melayu. Selain menjadi pusat penyelidikan dan pendidikan, IPM turut memainkan peranan penting dalam memartabatkan peradaban Melayu agar terus relevan di peringkat nasional dan antarabangsa. Dengan menggabungkan tradisi dan inovasi, IPM menyokong usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai negara yang menawarkan pendidikan terbaik di Malaysia, di samping melestarikan warisan dan keunggulan peradaban Melayu sepanjang zaman.

Landing-Page-Icon-1-768x779
Landing-Page-Icon-2-768x779
Landing-Page-Icon-3-768x779

PENARAFAN 5 BINTANG

Laporan Pelan Tindakan Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Ilmu di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) 2023–2030

ANUGERAH ANTARABANGSA

Anugerah Emas bagi Pertandingan Inovasi Pendidikan Antarabangsa (Edu@Innovate 2025) — Sistem Pengurusan Koleksi Artifak Muzium Pendidikan Nasional

PENGIKTIRAFAN

Bangunan Suluh Budiman telah diwartakan sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005

MUZIUM

Muzium Pendidikan Kebangsaan UPSI terletak di Bangunan Suluh Budiman, bangunan bersejarah yang pernah menempatkan Sultan Idris Training College (SITC) dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2009. Muzium ini mempamerkan 21 galeri tetap, tokoh pendidikan seperti Za’ba, serta pelbagai artifak bersejarah. Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung.

PENYELIDIKAN DAN PERUNDINGAN

Penyelidikan dan perundingan menjadi teras utama Institut ini, dengan tumpuan kepada penyelidikan pascasiswazah dan pascakedoktoran. Diterajui oleh staf akademik UPSI serta sarjana dalam dan luar negara, institut ini turut melaksanakan penyelidikan dalaman bagi memperkukuh kepakaran dan warisan ilmu bangsa.

GALERI SENI

Galeri Seni merupakan ruang harmoni yang mempamerkan pelbagai karya daripada pelukis pelbagai latar belakang. Pengunjung dapat menghayati keindahan seni tradisional dan moden, manakala seniman berkongsi idea serta kreativiti mereka. Galeri ini meraikan bakat, budaya, dan keindahan ekspresi seni dalam suasana yang menginspirasi.

HUBUNGI KAMI :

Institut Peradaban Melayu,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900
Tanjung Malim,Perak

info@ipm.upsi.edu.my

Tel: +605-450 5303/5085/6640

WAKTU BEROPERASI :

Isnin hingga Khamis
8.30AM – 4.30PM 

Jumaat
8.30AM – 12.15PM
2.45PM – 4.30PM