PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, professional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:

1. Perkhidmatan kaunter bagi semua urusan dilayan dalam tempoh lima (5) minit.

2. Mengadakan sekurang-kurangnya empat (4) seminar/ persidangan/ wacana/ syarahan/ konvensyen pada setiap tahun.

3. Mengadakan kolaborasi atau hubungan jalin dengan dunia Melayu sekurang-kurangnya satu (1) tahun sekali.

4. Memastikan borang lengkap diterima berkaitan pasca siswazah di proses dalam tempoh lima (5) hari bekerja.

5. Mengadakan pameran dan program pemuziuman sekurang-kurangnya lima kali setahun.

6. Permohonan Lawatan ke muzium dan galeri akan dimaklumkan dalam tempoh tiga hari bekerja.

7. Permohonan pinjaman koleksi secara rasmi akan diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.

8. Maklum balas kepada pengadu perlu dibuat dalam tempoh satu (1) hari bekerja untuk memberitahu bahawa aduan mereka telah diambil perhatian dan akan diselesaikan.