Pemohon yang ingin mengikuti Program Sarjana Sastera (Peradaban Melayu) mesti memiliki Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dengan PNGK minimum 2.50 daripada fakulti yang berkaitan, atau kelayakan yang setara daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.
Sebagai alternatif, calon boleh mengemukakan kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat, termasuk yang diperoleh melalui Akreditasi Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL) dalam bidang berkaitan. Kelayakan lain yang dianggap setara oleh Senat juga boleh dipertimbangkan.
Selain itu, semua pemohon hendaklah memenuhi syarat kemasukan khusus yang ditetapkan oleh fakulti berkenaan.
Pengambilan:
- Permohonan dan pengambilan dibuka sepanjang tahun
Mod Pengajian:
- Penyelidikan Penuh (Sepenuh Masa / Separuh Masa)
Yuran:
- RM 5,735.00 ( Malaysian)
- RM 14,680.00 (International)
Tempoh Pengajian:
- Minimum: 4 Semesters
- Maximum: 6 semesters
Bidang Penyelidikan
- Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
- Warisan dan Budaya Melayu
- Institusi Raja-Raja Melayu
- Falsafah Melayu
- Politik, Agama dan Sistem Kepercayaan
- Ekonomi serta Sains dan Teknologi
- Geneologi
Berminat? Mari Mulakan Langkah Anda!
Kami menjemput individu yang berkelayakan untuk memohon pengajian peringkat Sarjana atau PhD secara penyelidikan di Institut Peradaban Melayu (IPM).
📞 Hubungi kami: 05-450 5303 / 5085 / 6640
📧 E-mel: info@ipm.upsi.edu.my
