Pemohon yang ingin mengikuti Program Doktor Falsafah (Peradaban Melayu) mestilah memiliki Ijazah Sarjana daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf, atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat.
Selain itu, semua pemohon hendaklah memenuhi syarat kemasukan khusus yang ditetapkan oleh fakulti berkenaan.
Bagi pemohon antarabangsa, mereka dikehendaki memperoleh skor minimum 500 dalam TOEFL atau 5.5 dalam IELTS sebagai bukti kecekapan dalam bahasa Inggeris.