Pemohon yang ingin mengikuti Program Doktor Falsafah (Peradaban Melayu) mestilah memiliki Ijazah Sarjana daripada mana-mana institusi pengajian tinggi yang diiktiraf, atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Senat.

Selain itu, semua pemohon hendaklah memenuhi syarat kemasukan khusus yang ditetapkan oleh fakulti berkenaan.

Bagi pemohon antarabangsa, mereka dikehendaki memperoleh skor minimum 500 dalam TOEFL atau 5.5 dalam IELTS sebagai bukti kecekapan dalam bahasa Inggeris.

Pengambilan:

  • Permohonan dan pengambilan dibuka sepanjang tahun

Mod Pengajian:

  • Penyelidikan Penuh (Sepenuh Masa / Separuh Masa)

Yuran:

  • RM RM 12,780.00 ( Malaysian)
  • RM 29,190.00 (International)

Tempoh Pengajian:

  • Minimum: 4 Semesters
  • Maximum: 6 semesters

Bidang Penyelidikan

  • Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
  • Warisan dan Budaya Melayu
  • Institusi Raja-Raja Melayu
  • Falsafah Melayu
  • Politik, Agama dan Sistem Kepercayaan
  • Ekonomi serta Sains dan Teknologi
  • Geneologi

Berminat? Mari Mulakan Langkah Anda!

Kami menjemput individu yang berkelayakan untuk memohon pengajian peringkat Sarjana atau PhD secara penyelidikan di Institut Peradaban Melayu (IPM).

📞 Hubungi kami: 05-450 5303 / 5085 / 6640
📧 E-mel: info@ipm.upsi.edu.my