INSTITUT PERADABAN MELAYU, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

Monday, 15 March 2010

Hompej
Monday, 15 March 2010
Menu Utama
Hompej
Latar Belakang
Visi dan Misi
Staf
Galeri
Video IPM
Hubungi Kami
LAMAN PENDETA
Utusan Pengarah IPM
Kursi Za'ba
Sejarah Melayu
Peribahasa
Santun Bahasa
Bicara Pendeta
Aktiviti
Wacana Za'ba
Penyelidikan
Penerbitan
Pendokumentasian
Pengiktirafan
Hubung Jalin
Program Akademik
M. A.
Ph. D.
Kepustakaan
Kongres Bahasa
Library (Sabri Zain)
Malay Concordance Project
Manuskrip Melayu UM
pautan
Sejarah Melayu (Sabri Zain)
ATMA
SOAS
Arkib Negara
Perpustakaan IIAS
DBP
Habits of Mind
Science For All Americans
SUHAKAM
Jiwa Rasa
Studio Inspirasi
JAWI
Perlembagaan Persekutuan
Restu Center
Melayu Online
Teromba
Jalur Gemilang
Blog Staf
Asiah (Penyelidikan)
Asiah (Jurnal)
Akmar (Masakan Melayu)
Amirah (Hiasan Solek Melayu)
Nordin (Teknologi Popular)
Guru Budiman
perkhidmatan
MyUPSI Portal
MyGuru Portal
Webmail Staf
Webmail Student
E-Borang
Akademik Direktori
User Menu
Login Form





Hilang Kata laluan?
Tiada akaun lagi? Daftar
LAMAN INI AKAN DITUTUP PADA 15 SEPTEMBER 2009
Ditulis oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan   
Sunday, 13 September 2009
Laman ini akan ditutup pada 15 September 2009.
Sila pindah ke laman: http://ipm.upsi.edu.my/v2/
 Terima kasih atas kesabaran Tuan-Tuan dan Puan-Puan.
12:28 PM 9/13/2009
Terakhir dikemaskini ( Sunday, 13 September 2009 )
 
Siri Seminar Peradaban Melayu UPSI
Ditulis oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan   
Tuesday, 08 September 2009

 

Prof. Emeritus Abdullah HassanSeminar ini akan membincangkan Melayu dari sisi: orangnya, politiknya, bahasanya, kesarjanaannya, identitinya, wilayahnya, budayanya, keseniannya, agamanya, ekonominya, raja dan kerajaannya, pemimpinnya, mimpinya, masa depannya, kebimbangannya, dll. Pembentang dipilih daripada sarjana dalam setiap bidang.

Seminar akan diadakan pada 1 dan 2 Disember 2009, di Kuala Lumpur. Tempat khusus akan ditentukan kemudian.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:


Pengarah
Institut Peradaban Melayu, UPSI
( Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya )

Kertas yang sudah dijanjikan

1. Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Hj. Omar (Akademi Pengajian Melayu): Bahasa Melayu dan Wilayah Dunia Melayu
2. Datuk Dr. Hassan Ahmad (Yayasan Karyawan): Karya-Karya Agung Yang Mencerminkan Kesarjanaan Melayu
3. Prof. Datuk Wan Hashim Wan Teh (Universiti Pertahanan Nasinal Malaysia): Melayu Diaspora
4. Prof. Datuk Zainal Kling (Penyandang Kursi Ghafar Baba, UPSI): Tanggapan Sarjana Bukan Melayu Terhadap Bangsa Melayu
5. Tuan Nasha Rodziadi Khaw (siswa sarjana, USM): Satu Analisis Sosioekonomi Kerajaan Awal Semenanjung Tanah Melayu Sebelum kurun ke-13″
6. Prof. Madya Nuwairi Khazai, (Akademi Pengajian Melayu, UM): Kanun-Kanun Melayu Sebagai Ukuran Peradaban Melayu
7. Prof. Dr. Shahrir Mohd. Zain (mantan profesor UKM): Mempribumikan Sains Matematik (belum dipastikan tajuk sebenar)
8. Prof. Dr. Siti Zainon Ismail (mantan profesor UKM): Kesenian Melayu (belum dipastikan tajuk sebenar)
9. Prof. Dr. Abdullah Zakaria Bin Ghazali, Jabatan Sejarah, Universiti Malaya: Raja-Raja Melayu dan Kerajaannya.
10. Prof. Dr. Adnan Awang, Penyandang Kursi Za’ba, Institut Peradaban melayu, UPSI: Melayu dan Kesarjanaannya.
11. Prof. Datuk Dr. Yaacob Harun, Fakulti Sains Sosial UPSI: Melayu dan Identitinya.
12. Dr. Muhammad Alinor Abdul Kadir, Fakulti sains dan Teknologi, UKM: Unsur-Unsur Sains dan Teknologi dalam Prasasti Rumpun Melayu.”

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 13 September 2009 )
 
Origin of Melayu
Ditulis oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan   
Thursday, 30 April 2009

The Search for the 'origins' of Melayu 

By Leonard Y Andaya (*)Journal of Southeast Asian Studies, Vol. 32, 2001

Based on linguistic, archaeological, and historical evidence, this essay describes the environment that produced the culture associated with the 'Melayu', or the Malays. It also argues that Melayu ethnicity was never predetermined but was contested on both sides of the Straits of Melaka.  In recent years a number of writings have examined the meaning of Malayness.

(1) While most scholars would agree that ethnic identity is constantly being reconstructed in the face of changing circumstances, there is less support for the idea of an 'essential' core that defines a group.

(2) Yet popular belief in a primordial core persists and often is the primary stimulus for group action. The shifting elements that constitute the core reveal important concerns of a certain ethnicity at a particular point in time, and illuminate the impact of a specific historical situation. A group is always aware of its past, and examines it periodically to identify elements that emphasise its uniqueness in response to pressing circumstances.

(3) An excellent example of this process was the ancient rivalry between polities on both sides of the Straits of Melaka seeking to become the leading centre of the Malay world. The outcome was not determined until the establishment of British colonial rule on the 'Malay' Peninsula in the late nineteenth century. Eager to justify their presence on the peninsula and forestall conflicts with the Dutch across the Straits, the British created an entire colonial intellectual enterprise termed by one scholar, 'Malayistics.'

Terakhir dikemaskini ( Friday, 04 September 2009 )
 
Membina Kepustakaan Melayu
Ditulis oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan   
Friday, 24 April 2009

Institut Peradaban Melayu sedang memulakan usaha mengumpulkan bahan daripada alam dan tamadun Melayu. Khususnya bahan yang dimaksudkan adalah:

 1. Sebarang artifak sejarah yang dapat membantu generasi sekarang dan akan datang memahami tamadun dan peradabannya sendiri. Sebagai contoh: papan batu, rehal, beg sekolah, kalam, pembaris, pelita minyak tanah, buku latihan, buku teks, pakaian seragam sekolah, kostum lama, mainan tradisional yang asli, dll. Senarai ini tidak akan dapat dituntaskan. terpulang kepada kebijaksanaan tuan-tuan dan puan-puan, apa sahaja yang dapat membantu generasi sekarang dan yang mendatang memahami cara hidup nenek moyangnya adalah dihargai.)

2. Dokumen, manuskrip, majalah, buku, novel, autobiorafi, diari, autograf, album dan foto, akhbar, surat peribadi, setem, perjanjian, buku-buku ilmu dan agama, salasilah keluarga, dll.

3. Sebarang artikel mengenai alam dan budaya Melayu, dll.

4. Sebarang benda dan item yang difikirkan dapat melengkapkan khazanah Peradaban Melayu.

Sila hubungi,

Prof. Abdullah Hassan, Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI. < Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya >

 

 

Terakhir dikemaskini ( Friday, 04 September 2009 )
 
Pengumpulan Buku-Buku SITC
Ditulis oleh Administrator   
Friday, 17 April 2009

 Assalamu alaikum w.b.t.

 Adalah dimaklumkan, IPM sedang mengumpulkan kembali buku-buku SITC yang telah menjadi koleksi peribadi kakitangan-kakitangan di UPSI. Sehubungan itu, IPM memohon jasa baik kakitangan yang ada menyimpan buku-buku SITC dapat diberikan ke IPM untuk dicetak kembali. Tujuan pengumpulan buku-buku SITC adalah untuk disimpan dan diletakkan di Balai Peradaban Melayu, Aras 3 Perpustakaan Tuanku Bainun, UPSI. Bagi menjayakan pengumpulan buku-buku SITC, kerjasama daripada semua kakitangan adalah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 05-450 5507.

Terakhir dikemaskini ( Friday, 17 April 2009 )
 
Mengapa Kami Bantah PPSMI dan Delegasi Memorandum Menteri Menteri Pelajaran Malaysia
Ditulis oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan   
Tuesday, 18 November 2008

Kepada para pengunjung IPM,

1.  Buku elektronik Mengapa Kami Bantah PPSMI  dapat dimuat turun melalui laman <semanggol.com>.

2. Delegasi bagi mengunjungi Menteri Pelajaran Malaysia di Putrajaya, sengaja dilewatkan supaya dilakukan selepas desakan pertama melalui GMP.

GMP sudah melancarkan deskannya bermula pada 31 Januari 2009. GMP juga sudah menghantar sebuah memorandum ke Parlimen pada 17 Februari 2009. Dan GMP juga sudah menghantar sebuah lagi memorandum kepada DYMM Yang Dipertaun Agong pada 7 Mac 2009.

Namun, belum ada keputusan positif daripada Menteri Pelajaran Malaysia dan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia.

Oleh sebab itu IPM akan meneruskan rancangannya menghantarkan sebuah memorandum kepada menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Pihak IPM sudah menyatakan hasrat ini kepada Ketua Setiausaha Kanan Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Delegasi ini akan menyampaikan sebuah memorandum rasmi kepada Menteri Pelajaran Malaysia bagi menyatakan pendirian para akademik di UPSI tentang PPSMI, dan mengembalikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar sains dan matematik dalam sistem pelajaran Malaysia.

Rombongan ini akan diketuai oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Pengarah Institut Peradaban Melayu, UPSI.

Para akademik yang ingin menyertai rombongan ini silalah berdaftar dengan Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan
Pengarah,
Institut Peradaban Melayu

Terakhir dikemaskini ( Thursday, 19 March 2009 )
 
Minda Tertawan
Ditulis oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan   
Thursday, 16 October 2008

"Bangsa yang dikalahkan lazimnya akan meniru pakaian, simbol-simbol, kepercayaan, budaya dan amalan bangsa yang mengalahkan mereka. Tingkah laku ini disebabkan sifat manusia yang lazimnya menyangka bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah bangsa yang sempurna. Tingkah laku itu mungkin berpunca daripada rasa kagum terhadap bangsa yang menakluki mereka, sehingga mereka menganggap bangsa penakluk itu adalah bangsa yang sempurna, ataupun disebabkan bangsa yang kalah itu tidak percaya bahawa mereka mungkin dikalahkan oleh faktor-faktor biasa sahaja. Akibatnya mereka percaya mereka kalah akibat keagungan bangsa yang menakluki mereka. Apabila sangkaan ini berpanjangan, maka sangkaan itu bertukar menjadi keyakinan, sehingga akibatnya keyakinan itu mendorong mereka mengubah semua ciri-ciri asli mereka. Bangsa yang kalah mungkin meniru-niru secara tidak disedari, ataupun mereka menyangka mereka kalah disebabkan kelemahan-kelemahan budaya dan kepercayaan mereka sendiri, padahal tidak. Sebenarnya bangsa yang mengalahkan mereka itu adalah lebih kuat dan lebih bersatu padu. Akibatnya, timbullah keyakinan lain bahawa dengan meniru-niru bangsa penakluk itu, maka akan terhapuslah punca-punca kekalahan mereka.” Ibnu Khaldun (1332-1406), Muqaddimah, Bab 2, Bahagian 22.

 

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 11 March 2009 )
 
Daripada Peradaban Silam
Ditulis oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan   
Tuesday, 14 October 2008

Bayangkan, 2,400 tahun dahulu Socrates pernah berkata: 

Socrates (lahir 469 BM - meninggal 399 BM) pernah berkata: "Sejak lahirnya anak kita, kita perlu mengajarnya itu dan ini. Kanak-kanak pada hari ini sangat sukakan kemewahan. Kelakuannya buruk dan suka melawan. Malah mereka tidak menghormati orang tua. Mereka tidak pun mahu berdiri apabila ibu bapa dan gurunya masuk ke bilik. Mereka ini akan jadi binatang apa agaknya apabila dewasa!"

 

Terakhir dikemaskini ( Wednesday, 11 March 2009 )
 
Ungkapan Ungku Aziz
Ditulis oleh Profesor Emeritus Abdullah Hassan   
Friday, 10 October 2008

Ungkapan Ungku Aziz, mantan Naib Canselor Universiti Malaya memberi kesimpulan yang tepat mengenai isu mengajarkan sains dan matematik dalam bahasa Inggeris sekarang. Beliau berkata demikian 35 tahun lalu dalam persidangan ASAHIL 1973, di Singapura. Kata beliau,
 
“Dengan muslihat yang licik penjajah Inggeris menanamkan dongengan yang tidak dapat dikikis dalam kalangan orang yang pernah dijajahnya, bahawa:
 
(a) Bahasa Inggeris itu adalah bahasa dunia dan difahami oleh manusia sejagat, dan
(b) Hanya melalui bahasa Inggeris kita dapat mempelajari ilmu yang menjadi kunci kepada kemajuan teknologi penting dan pembangunan ekonomi pesat.
 
Sebenarnya, fikirkanlah sedikit, sesiapa sahaja yang pernah pergi ke negara Jerman atau Amerika Latin, apa lagi negara China dan Jepun, tentu dengan sekonyong-konyong menyedari bahawa sebahagian besar penduduk dunia termasuklah teknokrat dan intelektual peribuminya yang membina negara moden yang gagah, sebenarnya tidakpun memahami bahasa Inggeris.”

Terakhir dikemaskini ( Sunday, 14 June 2009 )
 
IJAZAH SARJANA DAN DOKTOR FALSAFAH
Ditulis oleh Administrator   
Tuesday, 12 February 2008

14 Ogos 2008

Kepada Tuan-Tuan dan Puan-Puan,
Institut Peradaban Melayu mempelawa para peminat yang berpengalaman bagi menjalankan penyelidikan di IPM untuk peringkat ijazah Sarjana dan Kedoktoran.

Oleh sebab bidang peradaban Melayu ini adalah sebuah bidang ilmu antara displin, maka sebarang bidang dapat sahaja dikaitkan dengan peradaban, termasuklah sains dan teknologi.

Tuan-tuan dan Puan-puan yang mempunyai pengalaman dalam sebarang profesion dapat sahaja menjalankan penyelidikan dalam bidang kepakaran masing-masing. Umpamanya, seseorang yang bersara daripada perkhidmatan pertanian, perikanan, perubatan, pentadbiran, penyelidikan getah, ketenteraan, polis, perguruan, dll. tentu sekali banyak mempunyai pengalaman yang dapat diselidiki dalam kerangka sebuah bidang ilmu. Hasilnya tentu sekali dapat memanfaatkan pembangunan sebuah peradaban.

Calon yang berminat akan diletakkan di bawah penyeliaan Pendeta IPM, dan dibimbing bagi menjalankan penyelidikan dan menuliskan laporannya dalam bentuk sebuah tesis. Mereka yang berjaya akan dianugerahi ijazah sarjana atau kedoktoran.

Mereka yang berminat, dapat menghubungi saya pada alamat Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya

Pengarah, IPM

Terakhir dikemaskini ( Friday, 04 September 2009 )
Baca lagi...
 
Undi
APA PENDAPAT ANDA TENTANG LAMAN WEB TERBARU KAMI
 
Jumlah Pelawat
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini2
mod_vvisit_counterSemalam14
mod_vvisit_counterMinggu ini2
mod_vvisit_counterBulan ini222
mod_vvisit_counterKeseluruhan256516
© 2010 INSTITUT PERADABAN MELAYU, UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
Penafian : IPM, UPSI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang
dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.