Dikhuatiri lemas terjatuh ke dalam saluran air rumah pam

SIK: Dua lelaki, termasuk seorang remaja dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam saluran air rumah pam di Jalan Jelai, di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, Mohamad Naim Ahmad, 28, dan Farez Iskandar, 15, dikatakan sedang berjalan di kawasan rumah pam berkenaan sebelum tergelincir lalu terjatuh ke dalam saluran air.

Previous
Next