Hari
Jam
Minit
Saat
Bertemakan "Kelangsungan Penyelidikan Peradaban Dan Warisan Melayu"  pada 07 sehingga 08 September 2021 Secara dalam talian

PENGENALAN

Institut  Peradaban  Melayu     (dengan  tertubuhnya  Kursi  Za’ba)  berperanan  dalam menganjurkan  persidangan dan seminar dengan tujuan mempertemukan penyelidik dalam pelbagai bidang peradaban Melayu dari dalam dan luar negara bagi menggalakkan pertukaran idea dan maklumat dalam suasana akademik yang sihat. Pertukaran idea dan maklumat ini penting untuk didokumentasikan sebagai rujukan berkaitan peradaban bangsa yang berguna untuk generasi yang akan datang.

Perkembangan globalisasi pada hari ini sedikit sebanyak telah menyebabkan banyak bangsa di dunia, termasuk bangsa Melayu berhadapan dengan ancaman hakisan budaya sehingga  generasi  muda  semakin  hilang  identiti  diri  dan  semakin  melupakan kegemilangan peradaban bangsa sendiri.

Sebaliknya,   sejarah   telah   membuktikan   peradaban   Melayu   pernah   mencapai kegemilangan dalam pelbagai bidang, termasuklah ilmu pelayaran, teknologi perkapalan, ilmu perubatan, teknologi persejataaan dan lain-lain sehingga dikenali seantero dunia. Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang perlu dilakukan berkaitan peradaban Melayu sama ada dalam bidang bahasa dan kesusasteraan, warisan dan budaya Melayu, falsafah Melayu, politik, agama dan sistem kepercayaaan, orang asal dan etnik pribumi, ekonomi, sains dan teknologi, genealogi, dan institusi raja Melayu

Oleh yang demikian, Institut Peradaban Melayu    (IPM), Universiti Pendidikan Sultan Idris bercadang menganjurkan Persidangan Antarabangsa Peradaban dan Warisan Melayu 2021 dalam usaha mengumpulkan dan mendokumentasi kajian berkaitan bidang-bidang peradaban Melayu, selaras dengan fungsinya sebagai sebuah pusat rujukan berkaitan bidang peradaban Melayu dalam konteks yang lebih luas.

OBJEKTIF

  • Mempertemukan pengkaji peradaban Melayu dalam pelbagai bidang ilmu peradaban
  • Melayu berkongsi ilmu tentang kepakaran masing-masing.
  •  Menggalakkan penyelidikan yang lebih meluas dalam bidang peradaban Melayu.
  •  Mendokumentasikan  kajian  berkaitan  bidang  peradaban  Melayu  untuk rujukan generasi akan datang.

PANGGILAN PENGHANTARAN

PELUANG PENERBITAN

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

SUB TEMA

Bahasa dan Kesusasteraan

Warisan dan Budaya Melayu

Falsafah Melayu

Politik, Agama dan Sistem Kepercayaan

  • Sejasteraan dalam pelbagai disiplin ilmu
  • Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Penggerak Perpaduan
  • Linguistik dan Lingustik Terapan Alam Melayu
  • Manuskrip Alam Melayu-Filologi
  • Bangunan Bersejarah, Arkeologi dan Antiquiti
  • Kesenian dan Muzik Tradisional
  • Landskap Melayu
  • Adat dan Tradisi Melayu
  • Persenjataan dan Seni Bela Diri Melayu
  • Ekopelancongan
  • Sejarah Falsafah Melayu
  • Metafizik Melayu
  • Epistemologi Melayu
  • Etika Melayu – Ethos
  • Logikal Melayu
  • Estetika Melayu
  • Islam dan Pandangan Dunia Melayu
  • Kepimpinan Politik Melayu
  • Pendidikan Pondok Alam Melayu
  • Pengurusan dan Pentadbiran Alam Melayu
  • Diaspora Melayu

Orang Asal dan Etnik Pribumi

Ekonomi, Sains dan ITeknologi

Genealogi

Institusi Raja

  • Kesenian dan Muzik
  • Sistem Kepercayaan
  • Seni Bela Diri
  • Adat dan Tradisi
  • Herba dan Gastronomi
  • Kejuruteraan Alam Melayu
  • Seni Bina dan Landskap Alam Melayu
  • Biodiversiti Flora dan Fauna
  • Pelayaran dan Teknologi Air
  • Perbankan Melayu
  • Migrasi dan Kependudukan
  • Transformasi Ekonomi, Sosial dan Budaya
  • Pesisiran Melayu
  • Kewangan dan Sejarah Ekonomi
  • Susur Galur, Salasilah dan Nasab
  • Kajian Susur Galur Kepimpinan
  • Keluarga dan Kekeluargaan Melayu
  • Sejarah dan Susur Galur
  • Artifek dan Kesenian Istana
  • Peranan, Pemikiran dan Kepimpinan Kesultanan
  • Melayu
  • Cabaran dan Penerimaan Masyarakat Moden
  • Undang-undang dan Perlembagaan

UCAPTAMA

Prof. Dato' Ahmad Murad Merican, ISTAC, HUM, Malaysia
Prof. Dr. Mikihero Moriyama, Nanzen University, Nagoya Jepun

Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here

Add Your Heading Text Here