Institut Peradaban Melayu

PIAGAM PELANGGAN

Sesungguhnya kami warga Institut Peradaban Melayu dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk;

I. Menjalankan dua projek penyelidikan ilmiah yang berkualiti tinggi pada setiap tahun.

II. Memproses permohonan projek penyelidikan dalam tempoh 14 hari bekerja.

III. Mengadakan seminar atau persidangan pada setiap setahun sekali secara berselang seli.

IV. Penerimaan manuskrip dimaklumkan kepada penulis dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh manuskrip diterima, dan keputusan tentang penerbitannya dimaklumkan dalam tempoh dua (2) bulan selepas manuskrip diterima dan kelulusan Jawatankuasa Penerbitan.

V. Manuskrip diterbitkan dalam tempoh enam bulan selepas manuskrip lengkap diterima.

VI. Menguruskan penerbitan daripada projek penyelidikan, kumpulan kertas kerja terpilih daripada persidangan/seminar serta jurnal peradaban Melayu sebanyak 10 buah buku.

VII. Mengadakan pemasaran buku-buku hasil terbitan Institut Peradaban Melayu pada setiap bulan.

VIII. Mengadakan kolaborasi atau hubungan jalin dengan dunia Melayu dua tahun sekali.

« Sebelumnya                                                                                                                                                                                                       Seterusnya »