Institut Peradaban Melayu

PENGENALAN

Institut Peradaban Melayu (IPM) adalah sebuah pusat penyelidikan mengenai bidang-bidang dalam peradaban Melayu. Pada amnya, peradaban ditafsirkan sebagai satu bidang besar yang terdiri daripada bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Sebenarnya, pengertian peradaban adalah lebih luas daripada gabungan ketiga-tiga bidang itu. Satu hal, yang tidak dapat dinafikan adalah kebudayaan merupakan unsur yang sangat penting dalam peradaban. Oleh kerana IPM ditakrifkan sebagai sebuah Institut yang memberi tumpuan kepada Peradaban Melayu, maka ia akan berdiri sebagai Pusat Rujukan untuk para sarjana Fakulti di UPSI apabila mereka menjalankan penyelidikan. Penubuhan Institut ini, di samping memberi penghormatan kepada Pendeta Za'ba, juga dapat mempertegaskan peri pentingnya kefahaman orang ramai, baik sarjana ataupun juga orang biasa, terhadap apa yang dimaksudkan dengan Peradaban Melayu, khususnya pengertian Melayu yang menjadi teras tumpuan pengajian dan penyelidikan, perkembangan sosiobudaya yang berlaku sekarang ini, dan usaha-usaha dalam pembinaan akhlak, etika dan ilmu pengetahuan.


                                                                                                                                                                                                                                                                                                      Seterusnya »