Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

Syarahan Perdana Za'ba Kedua: Ahmad Sarji

Kesan Pelaksanaan Skim Amanah Kepada Masyarakat Melayu


Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr) Ahmad Sarji Abdul Hamid

as
Pengerusi PNB

Di Auditorium Utama UPSI
26 Julai 2007

Sesungguhnya segala puji milik Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan petunjuk hanya kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari keburukan jiwa kita dan dari keburukan amal perbuatan kita. Selawat dan salam kita sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti petunjuknya. Bersyukur kita ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, oleh kerana dengan limpah keizinan dan inayahNya maka kita dapat sama-sama berada di dalam dewan ini sempena persidangan Peradaban Melayu siri kedua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana sudi menjemput saya memberi syarahan bertajuk “Kesan Pelaksanaan Skim Unit Amanah PNB Ke Arah Perubahan Minda Masyarakat Melayu.”

Di dalam korpus Melayu banyak terdapat peribahasa dan bidalan yang menyentuh tentang kepentingan menabung sebagai persediaan hari kemudian. Antara yang paling kerap kita dengar ialah “sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit” dan “sediakan payung sebelum hujan” dan sebagainya. Peribahasa-peribahasa ini merupakan satu bentuk peringatan yang disusun dalam gaya bahasa yang indah oleh nenek moyang kita agar sentiasa beringat dan bersedia untuk menghadapi sebarang permasalahan yang berkaitan dengan soal kewangan. Dengan kata lain, sejak dahulu lagi tabiat menyimpan untuk masa hadapan telah ada di dalam minda masyarakat Melayu.

Mungkin sejarah agama Islam telah memberi satu kesedaran awal di kalangan masyarakat Melayu mengenai perkara ini. Kisah Nabi Yusuf yang menganjurkan kepada raja Mesir supaya bersiap sedia menghadapi kemarau panjang dengan menyimpan bahan makanan secukupnya untuk tempoh selama tujuh tahun merupakan satu kenyataan jelas tentang peri pentingnya bagi umat Islam mempunyai bekalan untuk masa hadapan.

Sesuai dengan peredaran zaman, prinsip menabung dikembangkan konsepnya oleh manusia. Daripada semata-mata menabung atau menyimpan untuk hari kemudian, konsep tabungan ini dipergunakan sebagai dana bagi tujuan pembangunan sosio-ekonomi ummah. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa menjadi wali atas harta anak yatim hendaklah diperkembangkan dan jangan dibiarkan harta itu susut kerana dimakan sedekah (zakat).”

(Hadis riwayat al-Baihaqi)

Justeru itu, selain daripada menyimpan kita sepatutnya menggunakan wang simpanan untuk tujuan pelaburan menerusi pelbagai instrumen pelaburan untuk dimanfaatkan bagi keluarga, bangsa dan negara. Sepertimana yang difirmankan oleh Allah subhanahu wataa’ala dalam Surah Ar-Ra’du, Ayat 11 yang membawa maksud:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

Permodalan Nasional Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1978. Fungsi utama PNB ialah untuk menilai, memilih dan membeli saham-saham yang kukuh dalam syarikat-syarikat yang dijangka mempunyai pertumbuhan yang cerah masa hadapan. Saham-saham tersebut adalah dipegang secara amanah untuk dipindahkan kemudiannya kepada Bumiputera perseorangan menerusi Skim Amanah Saham Nasional atau ASN yang diperkenalkan pada 20 April 1981.

Perolehan saham-saham oleh PNB telah dibuat menerusi:

(i) pembelian di pasaran saham dan daripada institusi-institusi;
(ii) peruntukan saham-saham melalui penyusunan semula syarikat daripada

(ii) Kementerian Perdagangan dan Perindustrian; serta
(iii) Skim Pemindahan Saham Kerajaan kepada Bumiputera.

Sebelum adanya Skim ASN, pendekatan khusus yang digunapakai oleh Kerajaan selepas DEB diperkenalkan dalam tahun 1970 untuk meningkatkan penguasaan Bumiputera dalam sektor korporat adalah melalui dua cara:

(i) penubuhan beberapa agensi-agensi dan syarikat-syarikat seperti MARA, UDA dan PERNAS dengan modal Kerajaan untuk membeli saham atau menyertai dalam bidang perniagaan dan perusahaan yang tidak mungkin disertai oleh individu Bumiputera atau secara kumpulan kerana kekurangan modal, kerana tidak mampu menghadapi risiko dan kerana kurang pengalaman pengurusan; dan

(ii) pemindahan saham secara langsung daripada syarikat-syarikat asing yang dikehendaki menyusun semula struktur ekuiti mereka supaya Bumiputera dapat membeli saham-saham dengan harga yang ditentukan.

Pendekatan ini walau bagaimanapun telah membawa separuh kejayaan sahaja oleh kerana:

sungguhpun banyak syarikat kepentingan Bumiputera milik agensi-agensi Kerajaan yang berjaya, banyak juga yang gagal kerana kekurangan pengalaman pengurusan;

ramai daripada penerima saham yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada individu Bumiputera berfikiran singkat dan mencari jalan mudah untuk mendapat keuntungan jangka pendek dengan menjual saham mereka di pasaran terbuka, terutamanya kepada bukan Bumiputera.

masyarakat Bumiputera didapati kekurangan modal untuk membeli peruntukan saham yang dikhaskan oleh Kerajaan. Dengan itu mereka membeli dengan menggunakan wang pinjaman daripada bank dan menjual balik dengan serta merta untuk membayar hutang.

Oleh itu biarpun pada tahun 1978, setelah lapan tahun DEB diperkenalkan dan hampir dua dekad selepas Kemerdekaan, pegangan sektor korporat oleh kaum Bumiputera masih kecil iaitu 10.3% berbanding pemilikan warganegara asing dan rakyat Malaysia lain. Di saat PNB di wujudkan, adalah didapati individu Bumiputera kurang pengetahuan mengenai tabungan dan pelaburan, dan juga tidak berani menghadapi risiko. Ini dibuktikan dengan kurangnya sambutan mereka terhadap Skim Amanah Saham MARA yang diperkenalkan dalam tahun 1967. Oleh kerana unit amanah yang diuruskan oleh MARA adalah skim yang harganya berubah-ubah, maka dalam tempoh 13 tahun semenjak ianya diperkenalkan, MARA hanya mampu menggembeling tabungan Bumiputera bernilai RM50 juta sahaja.

Skim ASN yang diperkenal oleh PNB telah direkabentuk dengan mengambil kira latar belakang dan pemikiran masyarakat Bumiputera pada masa itu. Rata-rata orang Melayu tinggal di luar bandar bekerja sebagai petani dan nelayan dan berpendapatan rendah. Bagi orang-orang Melayu yang tinggal di bandar pula, kebanyakan mereka bekerja makan gaji dengan tahap pendapatan yang rendah seperti menjadi kerani, guru, polis dan askar. Oleh itu mereka kurang memahami tentang tabungan, pelaburan dan unit amanah, dan dengan itu tidak berani untuk mengambil dan menanggung risiko apatah lagi untuk melabur terus di pasaran saham. Ramai orang Melayu masa itu lebih suka menyimpan dalam bentuk wang tunai, barang kemas ataupun dalam bentuk aset seperti tanah dan binatang ternakan, seperti lembu dan kerbau, dan sebagainya.

Skim ASN mengandungi ciri-ciri menarik dan berbeza dengan skim-skim pelaburan lain seperti berikut:

harga unit telah ditetapkan pada nilai tara RM1.00 seunit;
pulangan pelaburan adalah dalam bentuk dividen dan bonus yang akan dibayar setiap awal tahun;

pelaburan minimum permulaan adalah rendah sebanyak 10 unit bersamaan RM10.00;

dengan pelaburan permulaan RM10.00, pelabur layak mendapat 100 unit. Perbezaan 90 unit adalah merupakan pendahuluan PNB, yang akan dibayar melalui dividen dan bonus yang akan diumumkan oleh Skim ASN di masa hadapan.

This requirement of a minimum initial investment of RM10.00 – a very small amount for investment in a unit trust – and the mechanism of a generous advance over a nominal investment to participate in ASN Scheme were necessary initial incentives for Bumiputera investors.

Pelaburan tambahan adalah dalam apa-apa jua amaun serendah seunit, tetapi tertakluk kepada had maksimum 50,000 unit sebelum dinaikkan secara berperingkat kepada 200,000 unit kini. Had maksimum diadakan bagi memastikan pengagihan kekayaan secara meluas dan saksama dapat dipastikan;

urusniaga boleh dilakukan melalui buku pelaburan ataupun pelabur boleh memilih untuk memiliki sijil pelaburan dalam gandaan 1,000 unit;
urusniaga boleh dijalankan di mana-mana pejabat cawangan tiga bank terbesar tempatan iaitu Malayan Banking, Bank Bumiputra, Kwong Yik Bank dan Pejabat-pejabat Pos;
pelabur boleh menjual unit-unit mereka pada bila-bila masa selain daripada tempoh penggantungan untuk pengiraan dividen, dan boleh mendapatkan tunai “on the spot” di mana-mana pejabat ASNB ataupun di lebih 1,400 pejabat ejen ASNB;

Skim ASN adalah berbentuk ”open-ended, that is, trust units could be created or cancelled by the managers on an unlimited scale”; dan penyertaan adalah terbuka kepada seluruh individu Bumiputera yang berumur 18 tahun ke atas.

Semenjak 2 Januari 1991, Skim ASN telah diubah menjadi Skim unit amanah harga berubah-ubah with the objective of gradually exposing the Bumiputera community to the risks and sophistication of the growing capital market in the country, and also to cater for a growing number of risk-taking Bumiputera individual investors. Maka kemudahan skim unit amanah harga tetap telah diambilalih oleh Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB). Walaupun Skim ASB adalah satu produk baru, ianya masih mengekalkan kebanyakan ciri-ciri yang terdapat dalam Skim ASN terdahulu. Dalam pada itu kelayakan untuk melabur dalam Skim ASB telah diperluas bagi meliputi individu Bumiputera semuda 12 tahun.

Produk-produk inovasi seperti Skim ASN dan ASB, telah berjaya mengubah minda masyarakat Bumiputera, iaitu memupuk kecenderungan untuk menabung dan melabur. Skim-skim yang diuruskan oleh PNB - lapan kesemuanya - kini telah berjaya menarik seramai 8.655 juta pelabur atau kira-kira 65% daripada jumlah Bumiputera dewasa, dengan pelaburan hampir 70 bilion unit atau merupakan kira-kira 40% daripada jumlah pasaran unit amanah tempatan.

Sebahagian besar daripada pelabur-pelabur PNB adalah terdiri daripada kakitangan sektor awam dan swasta, profesional dan eksekutif, di samping those who would otherwise be unable to invest on the stock market due to their small capacity to save seperti petani-petani, nelayan-nelayan, kumpulan bergaji rendah, kakitangan beruniform, pekerja kilang, buruh-buruh, surirumah-surirumah dan juga pelajar-pelajar.

Kesemua lapan unit amanah PNB dibuka kepada semua Bumiputera yang berumur 18 tahun dan ke atas, termasuklah pelajar-pelajar Melayu. Akaun Remaja Skim ASB yang berharga tetap juga memberi peluang kepada remaja Bumiputera berumur antara 12 tahun hingga 18 tahun untuk melabur melalui penjaga. Di samping itu, skim Amanah Saham Gemilang, Amanah Saham Wawasan 2020, Amanah Saham Malaysia dan Amanah Saham Didik yang kesemuanya juga berharga tetap adalah juga sesuai untuk pelajar-pelajar Bumiputera kerana harganya yang tetap di samping adanya Akaun Bijak bagi menampung anak-anak dan pelajar-pelajar yang berusia antara 6 bulan hingga 18 tahun.

Bayaran bonus dan dividen yang telah diagihkan oleh PNB kepada pelabur-pelabur skim unit amanahnya setakat ini berjumlah lebih RM55 bilion. Bagi PNB, confidence has never been a setback. For a unit trust scheme, commercial or otherwise, to be successful, managers must develop the confidence of those who are going to continually invest in the schemes. Having confidence is a matter of whether to trust or not to trust the managers, which is primarily reflected by the return on investment. PNB being a fundamental investor has consistently rewarded unitholders with competitive returns as compared with other savings schemes and investment instruments. This in turn had encouraged reinvestment by unitholders. Perubahan minda Melayu hasil daripada melabur dalam skim-skim amanah saham PNB adalah menepati kata pepatah:

Melihat contoh pada yang sudah
Melihat tuah pada yang menang.

Sungguhpun PNB ditubuhkan untuk membantu kaum Bumiputera, terdapat juga produk-produknya yang dibuka kepada semua rakyat Malaysia sebagai sumbangan PNB ke arah nation building, antaranya ASN3, ASG, ASW 2020 (49%) dan ASM. Pembukaan secara terpilih skim unit amanah PNB kepada bukan Bumiputera boleh memupuk perpaduan antara kaum, terutamanya bagi generasi muda.

Bagi ASW 2020 dan ASM yang berharga tetap, sambutan yang diterima daripada masyarakat bukan Bumiputera (683,498 pemegang akaun) dengan nilai saham RM8.14 bilion amat memberangsangkan, mencerminkan kepercayaan mereka terhadap keupayaan pengurus-pengurus dana Melayu dan PNB secara amnya. Sambutan daripada masyarakat Melayu terhadap produk-produk baru PNB walaupun baik, tetapi tidaklah sama ghairahnya dengan bukan Melayu kerana masih terdapat banyak ruang lagi bagi kaum Melayu untuk melabur seperti dalam ASB dan ASW 2020.

Bagi skim unit amanah PNB yang harganya berubah-ubah, harga setiap unit adalah berdasarkan nilai aset bersih atau net asset value (NAV). NAV per unit is determined based on historical pricing and calculated at the end of the preceding business day. PNB will revalue the fund’s NAV as at the mid-day valuation point and re-price the units when the NAV of the fund differs by more than 5% from the NAV as at the last valuation point. The mid-day valuation point is the time of the mid-day close of business of the eligible market.

PNB memperolehi pendapatan daripada dua sumber utama:

(i) keuntungan modal daripada urusniaga di pasaran (capital gains); dan
(ii) pendapatan daripada syarikat-syarikat yang dilabur (dividend income).

Oleh kerana setiap skim unit amanah PNB melabur dalam syarikat dan sektor yang mungkin berlainan dan dalam jumlah yang berbeza, maka keuntungan modal daripada urusniaga di pasaran dan pendapatan dividen daripada syarikat-syarikat adalah juga berbeza. Oleh sebab itulah, kadar pengagihan pendapatan yang diumumkan oleh PNB bagi setiap tahun kewangan bagi sesuatu skim itu juga berbeza. Perbezaan kadar dividen yang diumumkan mungkin juga disebabkan oleh jumlah pendapatan yang disimpan sebagai rizab.

Kejayaan merubah minda masyarakat Bumiputera tentang tabungan dan pelaburan telah membolehkan PNB memindahkan potensi kekayaan Bumiputera yang disimpan secara amanah oleh Kerajaan menerusi agensi-agensi amanah kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera. Lebih penting lagi ialah skim-skim unit amanah PNB, being an indirect form of transfer of shares from Bumiputera trust agencies to Bumiputera individuals, also redressed the shortcomings of the earlier scheme of direct share allocation, under which a high proportion of the shares allocated were sold by the Bumiputeras on the open market for quick gains.

Skim-skim unit amanah PNB ini juga melatih minda masyarakat Bumiputera supaya faham bahawa PNB ditubuhkan bukan untuk memberi kekayaan atau keuntungan secara percuma kepada mereka. Melalui skim-skim unit amanah PNB, setiap orang yang ingin mendapat dividen mestilah melabur dan menanggung risiko pelaburan, walaupun sebanyak RM10.00. Jika pelabur hendak untung yang lebih, mereka perlu melabur lebih banyak dan memikul beban risiko yang lebih berat.

Kejayaan pelaksanaan skim-skim unit amanah juga telah membolehkan PNB memberi sumbangan yang besar ke arah meningkatkan penyertaan ekuiti dan penglibatan pengurusan Bumiputera dalam sektor korporat. Tidaklah mudah bagi satu golongan yang miskin yang tidak mempunyai tradisi perniagaan tiba-tiba menyertai bidang perniagaan yang moden dan besar yang memerlukan modal yang banyak dan kecekapan pengurusan yang setanding dengan kaum-kaum yang lebih maju.

Melalui skim-skim unit amanah PNB, Bumiputera sekarang mempunyai saham dalam syarikat-syarikat gergasi yang dulunya dimiliki oleh orang Barat seperti Sime Darby, Harrison & Crossfield, Guthrie Corporation, Malaysian Mining Corporation dan beratus syarikat yang lain. Bumiputera juga berpeluang menyertai pengurusan syarikat-syarikat ini. Dengan dana yang diurus bernilai lebih RM100 bilion mengikut harga pasaran, PNB dan skim-skim unit amanahnya kini mempunyai kepentingan dalam lebih 340 buah syarikat yang tersenarai dan tidak tersenarai. Nilai pelaburan PNB dalam syarikat-syarikat pelaburannya itu merupakan kira-kira 11% daripada nilai pasaran Bursa Malaysia.

Sebelum PNB ditubuhkan, kaum Bumiputera cuma memiliki modal saham pada nilai tara sebanyak RM1.4 bilion atau 9.2% daripada jumlah dalam tahun 1975. Dalam tahun 2004, kaum Bumiputera memiliki modal saham sektor korporat bernilai tara RM100 bilion atau 18.9% daripada jumlah. (Nilai tara hak milik modal saham yang dipegang oleh PNB dan ASNB dalam tahun yang sama berjumlah RM15.3 bilion.)

Syarikat-syarikat yang telah dibeli dan diambilalih oleh PNB telah diurus oleh Bumiputera dengan begitu cekap hingga mampu bersaing dan berjaya. Antara kejayaan dan pencapaian anak-anak syarikat PNB antaranya adalah seperti berikut:

Sektor Perladangan dan Oleokimia syarikat-syarikat perladangan PNB (Kumpulan Guthrie, Golden Hope Plantation dan Sime Darby) memiliki 504,000 hektar tanaman kelapa sawit iaitu hampri 12% daripada jumlah keluasan penanaman kelapa sawit negara;

syarikat-syarikat perladangan menghasilkan 2 juta metrik tan kelapa sawit mentah atau 13.1% keluaran negara;

anak syarikat Golden Hope Plantations, Unimills yang berpengkalan di Netherlands merupakan kilang penapis minyak dan lelemak yang ketiga terbesar di Eropah;

sebuah lagi anak syarikatnya, Hudson & Knight, merupakan kedua terbesar di Afrika Selatan dalam pengeluaran minyak dan lelemak bagi penggunaan khusus (speciality oils & fats);

syarikat Cognis Olechemicals (M) Sdn. Bhd., satu lagi anak syarikat Golden Hope ialah pengeluar asid lemak berasaskan sayuran (vegetable-based fatty acid) di dunia dan satu-satunya pengeluar asid azelaik (azelaic acid) di dunia;
Golden Hope menghasilkan 20% (390,000 tan) daripada keseluruhan pengeluaran biodiesel dunia;

[Perubahan minda: orang Melayu mampu berfikir secara strategik dari segi pasaran, penjenamaan, pembangunan teknologi minyak, lelemak, asid dan biodiesel, serta mampu memasarkan produk-produk mereka di pasaran antarabangsa.]

Sektor Perbankan dan Insurans

Maybank adalah merupakan institusi perbankan terbesar di Malaysia dengan memiliki 22% aset industri perbankan negara dan mempunyai operasi di 12 buah negara;

Mayban Fortis, syarikat usahasama antara Fortis Group of Belgium dan Maybank menguasai 12% daripada jumlah pasaran insurans konvensional tempatan; dan

MNRB Holdings merupakan syarikat insurans semula terbesar di Malaysia;

Sektor Perbankan Islam dan Takaful

Maybank menguasai 20% daripada jumlah pasaran perbankan Islam tempatan dan merupakan Asia-Pacific's largest Islamic banking service provider;

syarikat-syarikat takaful PNB (Mayban Takaful, Takaful Nasional dan Takaful Ikhlas) menguasai lebih daripada separuh pasaran takaful tempatan;

[Perubahan minda: orang Melayu mampu mengurus institusi perbankan terbesar di negara, menawarkan satu rangkaian kemudahan serta perkhidmatan yang meluas untuk keperluan pelbagai sektor, dan memperkenalkan perkhidmatan baru seperti perbankan Islam, takaful dan produk-produk pasaran modal yang sophisticated.]

Sektor Automotif

penjualan kereta motor syarikat-syarikat kenderaan PNB (UMW Holdings, Perodua dan Motor Division of Sime Darby) merupakan 50% daripada pasaran kenderaan bukan nasional negara;

Sime Darby adalah juga merupakan franchise holders bagi kereta BMW, Ford, Land Rover, Hyundai, Alfa Romeo, Peugeot, Audi, Chrysler, Fiat, Jeep, Volkswagen, Mini, Mazda, Mitsubishi, Suzuki dan Volvo;

negara-negara di mana Sime Darby menjadi franchise holders adalah Malaysia, Singapura, Australia, China, Hong Kong dan Thailand;

[Perubahan minda: orang Melayu berjaya dalam teknologi ciptaan rekabentuk dan kejuruteraan otomobil, pembuatan komponen dan pengedaran kereta.]

Sektor Farmaseutikal dan Kimia

barangan farmaseutikal Chemical Company of Malaysia merupakan 20% daripada industri farmaseutikal tempatan;

keluaran baja komposit CCM pula merupakan 30% daripada industri baja tempatan;

[Perubahan minda: orang Melayu mampu menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang farmaseutikal, bahan-bahan kimia, oleo-kimia dan bioteknologi.]

Sektor Logistik

Northport mengendalikan 2.66 juta TEUs, merupakan 42% daripada jumlah kendalian kontena di Port Klang dan 20% daripada kendalian Malaysia; dan

[Perubahan minda: orang Melayu mampu mengendalikan pelabuhan yang besar, moden dan canggih, mengurus aktiviti pergudangan, inventori, pengangkutan dan pengedaran secara bersepadu.]

Sektor Hartanah

Syarikat-syarikat hartanah seperti Island & Peninsular, Sime UEP, Guthrie Properties, Petaling Garden, Pelangi dan Negara Properties yang memiliki tanah sejumlah 11,369 hektar kebanyakkannya di Lembah Kelang dan Johor merupakan antara pemaju-pemaju hartanah utama negara.

[Perubahan minda: orang Melayu mampu membangunkan projek perbandaran yang unik, moden, bersepadu dan maju seperti Subang Jaya, UEP Subang Jaya, Putra Heights, Saujana Impian, Taman Setiawangsa, Bukit Jelutong dan sebagainya.]

Secara amnya, sebahagian besar daripada pelaburan PNB adalah dalam syarikat-syarikat yang aktiviti perniagaannya dibenarkan oleh syarak. Maka PNB pada asasnya tidak melabur dalam syarikat-syarikat yang terlibat dalam perjudian dan pengeluaran barangan yang bercanggah dengan syariah. Pelaburan PNB di dalam Maybank dan juga Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) wajar dinilai dari persepektif yang rasional. Pertama, dalam keadaan orang Melayu dan ummah tertinggal dalam sektor ekonomi dan perbankan, maka pelaburan PNB kini mempunyai unsur dharurah (maslahah ummah). Kedua, terdapat usaha yang bersungguh-sungguh oleh Kumpulan Maybank memperkembangkan produk dan perkhidmatan kewangan dan pasaran modal Islam, termasuk instrumen hutang dan ekuiti seperti Isitisna, Ijarah, Murabahah, Bai Bithaman Ajil, Bai Salam, Kontrak Musyarakah Mudharabah, Islamic REITS dan Islamic Private Equity Funds, di samping produk-produk takaful. Ketiga, oleh kerana Maybank adalah merupakan bank tempatan yang terbesar, buat masa ini selain daripada PNB, tidak ada lagi institusi Bumiputera yang mempunyai financial and investment muscles yang cukup kuat dan besar untuk memiliki bank tersebut.

Kejayaan syarikat-syarikat yang dikuasai oleh PNB melibatkan ramai pengurus profesional Bumiputera dalam mengurus syarikat tersebut. Antara kejayaan-kejayaan PNB dalam aspek pembangunan modal insan Bumiputera adalah seperti berikut:

80% daripada ahli-ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat PNB terdiri daripada Bumiputera;

50% daripada jumlah pengurusan kanan adalah terdiri daripada Bumiputera;

61% daripada keseluruhan eksekutif adalah terdiri daripada Bumiputera; dan

PNB mempunyai pengurus dana berlesen profesional yang paling ramai di Malaysia iaitu 74 orang dengan pengalaman purata selama 13 tahun setiap orang.

Di samping itu, beberapa syarikat-syarikat yang dikuasai oleh PNB telah menjalin perkongsian, bertapak dan bergiat di 37 buah negara dalam enam benua.

Antaranya ialah Maybank (47.7% pegangan), Golden Hope (56.8%), Guthrie (71.6%), Sime Darby (40.3%) dan UMW Holdings (47.4%). Antara syarikat-syarikat antarabangsa ternama dengan mana syarikat-syarikat yang dikuasai oleh PNB menjalin perkongsian ialah:

AEON, Daihatsu Motor, Hokunku Electric, Mitsui, NEC Corporation dan Toyota Motor Corporation dari Jepun;

Burill & Co, Carrier, dan Steadtler daripada Amerika Syarikat;

Castrol dan ICI daripada United Kingdom;

BMW dan GKN Automotive daripada Jerman;

Cognis Oleochemicals, Unimills dan Dutch Lady daripada The Netherland;

Fortis Group daripada Belgium; dan

Unilevers daripada Denmark.

Melalui perkongsian ini, syarikat-syarikat yang dikuasai oleh PNB telah dapat menempat dan membantu mewujudkan ramai golongan profesional Bumiputera. Mereka ini mampu mengendalikan perniagaan syarikat-syarikat di peringkat antarabangsa.

PNB akan meneruskan usahanya bagi menarik lebih ramai lagi Bumiputera untuk melabur dan meningkatkan harta mereka dalam khazanah negara. Oleh sebab itulah PNB sentiasa menitikberatkan program-progam pendidikan bersepadu seperti penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) yang bertujuan untuk menyedar, memperingatkan dan mengubah minda kaum Bumiputera tentang perlunya menabung, melabur dan merancang kewangan, tentang risk and reward serta tentang realiti alam sekeliling kita. Dengan adanya MSAM ini, dengan sendirinya kita menggalakkan pelabur memahami tentang konsep pelaburan sebenar supaya masyarakat tidak terjebat dengan skim pelaburan internet ataupun apa-apa skim cepat kaya lain.

MSAM turut melibatkan syarikat-syarikat miliknya untuk memberi pendedahan kepada pelabur dan masyarakat tentang aktiviti pelaburan yang dibuat oleh PNB sendiri serta syarikat-syarikat miliknya, di samping agensi-agensi Kerajaan yang mengawalselia industri pengurusan dana dan unit amanah.

Agenda pendidikan PNB dijalankan secara bersepadu meliputi semua generasi dan lapisan masyarakat. Selain daripada MSAM, program pendidikan PNB merangkumi program-program formal dan tidak formal berikut:

Program latihan untuk lembaga pengarah mengenai urus tadbir korporat, etika, hak-hak pemegang saham minoriti dan kemahiran kewangan korporat;

Program latihan dan sangkutan untuk pengurus dana berlesen profesional mengenai strategi urus niaga, kewangan korporat dan kaedah-kaedah penilaian syarikat bagi membantu mereka dalam membuat keputusan pelaburan yang terbaik;

Seminar Perancangan Kewangan yang memberi penekanan terhadap pelaburan, khususnya pelaburan dalam unit amanah dan kepentingan merancang kewangan untuk diri dan keluarga;

Program Pendidikan Profesional yang menekankan pendedahan dan kepakaran teknikal dalam bidang berkaitan pelaburan dan kewangan;

Program Latihan untuk Graduan yang meliputi Kursus Lepasan Ijazah Kewangan Gunaan dan Pelaburan, dan program Perancang Kewangan Bertauliah;

World Investment Challenge yang bertujuan untuk mempertingkatkan kredibiliti dan profesionalisme para pengurus dana dan pengamal kewangan di Malaysia melalui interaksi dan persaingan dalam sebuah pertandingan yang menguji kemahiran serta pengalaman;

Kelab Pelaburan Bijak PNB dan Kuiz Pelaburan PNB bagi menggalakkan pemahaman konsep dan amalan merancang kewangan; dan

Program Hiburdidik Along yang bertujuan untuk menarik minat golongan kanak-kanak terhadap bidang pelaburan dan matematik.

Program-program ini adalah menepati nasihat orang-orang tua kita:

Pangkal cerdik kuat bertanya

Pangkal pandai rajin berguru

Pangkal arif suka berunding

Pangkal kaya hidup berhemat.

Sebagai kesimpulannya, pelaksanaan skim-skim unit amanah PNB telah berjaya mengubah minda orang-orang Melayu tentang tabungan dan pelaburan dalam unit amanah di samping meningkatkan taraf sosio-ekonomi dan penguasaan sektor korporat oleh mereka. Ini sesuai dengan ungkaian kata-kata adat perpatih:

Penakek pisau seraut

Ambil galah batang lintubong

Selodang ambil kenyiru

Nan setitik jadikan laut

Nan sekepal jadikan gunung

Alam terkembang jadikan guru.

Terima kasih.

 

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 13 Januari 2010 08:31)

 
Statistik Laman


counter

Profile

Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengarah Institut Peradaban Melayu, 01 November sehingga kini

Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Pengarah (1 April 2011-30 Oktober 2011) & Penyandang Kursi Za'ba, (01 April 2011 sehingga kini)

Dr. Hj. Idris Radzi, Pengarah, 16 Jun 2010 - 31 Mac 2011

abdullah

Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, 1 Julai 2008 - 30 April 2010.

kursi

Prof. Dr. Adnan Nawang, Penyandang Ketiga Kursi Za'ba.

Pengarah Ke-2

Prof. Datuk Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Pengarah & Penyandang Kedua Kursi Za'ba, Mac 2006 - Februari 2008.

asmah

Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah & Penyandang Pertama Kursi Za'ba, Disember 2001 - Ogos 2005.