Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

11. Malaysia dan Singapura

Daripada Dilema Melayu (1970), oleh Mahathir Bin Mohamad, diterjemahkan oleh Dr. Ibrahim Saad. Versi ini dimuat turun daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Dilema_Melayu"

"Pyramid Club" di Singapura terkenal sebagai Kumpulan Pemikir di belakang Kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP). Kelab itu bukanlah juga sama seperti Rand Corporation yang menjadi harapan Pemerintahan di Amerika Syarikat, sebab ahli-ahlinya adalah para saintis bebas. Walau bagaimanapun, ahli-ahli Pyramid Club itu memang terlibat secara langsung dalam hal ehwal harian pemerintahan Singapura. Dengan demikian, tugas mereka adalah sama seperti Rand Corporation tersebut. Oleh itu sudah tentulah pula ahli-ahli kelab ini terdiri daripada elit eksekutif dan politik. Idea dan inisiatif mereka inilah yang membentuk dan menjadikan Singapura sebagai mana keadaannya sekarang.

Dalam bulan Januari tahun 1969, saya diminta memberi ceramah kepada ahli-ahli Kelab ini berkenaan masa depan hubungan antara Malaysia dan Singapura. Perjumpaan itu bukanlah rasmi atau sebuah forum. Ia dipengerusikan oleh Encik S. Rajaratnam, Menteri Hal Ehwal Luar Singapura. Beberapa orang Menteri dan pegawai tinggi kerajaan juga turut hadir.

Banyaklah perkara yang berlaku sejak perjumpaan itu. Kerajaan MAGERAN yang memerintah Malaysia sekarang menjadi lebih nasionalis daripada Kerajaan Perikatan, dan nampaknya tidaklah begitu dipengaruhi oleh hubungan khas dengan Singapura. Pada awal tahun 1970 nampaknya hubungan antara Singapura dan Malaysia mungkin terpisah lebih jauh dan bukannya menjadi semakin dekat.

Saya mengambil kesimpulan bahawa masalah percantuman semula Singapura dan Malaysia sudah tidak lagi menjadi satu perkara yang menarik golongan intelek Singapura. Perkara ini penting sebab inilah tanda perubahan pada sikap dan penerimaan bahawa perpisahan itu adalah suatu hakikat dan kekal pula. Di Malaysia perpisahan ini lama sudah diterima sebagai kekal. Pada zahirnya, sekurang-kurangnya secara agak negatif, Malaysia nampaknya bersependapat dengan Singapura.

Saya tidak nampak percantuman semula sebagai bentuk hubungan masa depan antara Singapura dan Malaysia. Pertama saya tidak pernah menaruh minat terhadap kemasukan Singapura menjadi sebahagian daripada Malaysia. Setelah tinggal di Singapura selama enam tahun, saya berpendapat bahawa gabungan penduduk Singapura dan penduduk Malaysia tidaklah akan serasi. Jika percantuman semula tidak mungkin, maka hubungan antara Singapura dan Malaysia adalah hubungan antara dua buah negara yang berdaulat. Hubungan antara dua buah negara yang berdaulat dipengaruhi oleh berbagai faktor seperti geografi, sejarah, ideologi, asal keturunan kaum dan bahasa serta juga berbagai faktor lain. Dalam analisis terakhir, perkara yang penting adalah kehendak rakyat, sebagai mana yang disuarakan oleh para pemimpin yang mereka pilih.

Cuba kita kaji sekurang-kurangnya beberapa faktor yang telah saya senaraikan itu secara sistematik. Geografi sudah barang tentulah penting. Kita di Malaysia tidak begitu hiraukan sangat tentang apa yang berlaku di Amerika Latin. Sebabnya nyata sekali. Perhatian kita makin bertambah jika tempat itu semakin dekat dengan kita. Singapura, sebagai jiran yang dekat sangat menarik minat kita. Bukan sahaja kerana dekatnya tetapi saiznya juga penting. Dari segi geografi, saiz Singapura menjadi penentu.

Tatkala British memberitahu kita bahawa mereka ingin melepaskan peranan mereka di rantau ini menjelang tahun 1971, Singapura berpendapat mereka akan memikul beban perta hanan mereka sendiri. Antara peralatan yang dibeli oleh Singapura adalah kapalterbang jet British. Jet jet ini terbang dua kali ganda lebih pantas daripada laju bunyi — lebih kurang 22 batu seminit. Dengan perkatan lain, jet ini hanya mengambil masa tidak sampai seminit untuk terbang melintasi Singapura. Kelajuan ini tentulah menimbulkan beberapa masalah politik dan ketenteraan. Ini bermakna bahawa apabila jet jet ini berlepas menuju ke kawasan utara, ia dengan serta-merta sudah berada di ruang angkasa Malaysia sebaik sahaja ia berlepas di udara. Sekarang ruang udara tidak boleh dipermain-mainkan,apatah lagi apabila persefahaman tidak ada. Jika Malaysia yang menjadi musuh, ia tidak akan membiarkan ruang angkasanya selalu dicerobohi oleh Singapura. Umpamakanlah Singapura diserang oleh sebuah kuasa luar. Bom-bom mungkin sekali dilancarkan tatkala kapalterbang itu masih berada di ruang angkasa Malaysia. Ini bermakna bahawa jika sekiranya Malaysia tidak bekerjasama maka jet Hunter ataupun peluru ber-'pandu bumi ke-udara itu hampir tidak berguna. Oleh sebab itu saiz Singapura itu sangatlah penting dalam menentukan hubungan antara Singapura dan Malaysia. Malahan soal saiz ini menjadi lebih penting apabila soal pertahanan bersama terlibat.

Sebahagian besar pertumbuhan dan kepentingan Singapura berpunca daripada kedudukannya yang strategik dalam hubungannya dengan Semenanjung Tanah Melayu. Singapura pernah dan masih menjadi pelabuhan semulajadi bagi daerah pedalaman Semenanjung. Jikalau seseorang itu mencari pusat pengedar untuk keluaran Malaysia, tidak ada tempat lain yang lebih sesuai daripada Singapura. Letaknya di persimpangan jalan laut Timur dan Barat, jalan laut Utara dan Selatan. Berdasarkan sebab yang sama Singapura adalah tempat yang paling sesuai daripada segi ekonomi bagi kemasukan barang-barang untuk diedarkan ke seluruh Malaysia. Akan tetapi bukanlah kedudukan Singapura itu sahaja yang menjadikannya penting bagi Semenanjung. Tulang belakang Semenanjung yang bergunung-ganang itu menyebabkan jalan timur-barat sangat sulit. Itulah sebabnya sistem jalan raya dan jalan keretapi Semenanjung dibina sebelah menyebelah banjaran gunung tadi dan jalan jalan ini sudah barang tentu akan bertemu di Singa pura. Faktor-faktor geografi menyebabkan Semenanjung ber gantung kepada Singapura untuk tujuan perniagaan dan perdagangan. Pergantungan ini pula menyebabkan Singapura mendirikan kemudahan-kemudahan kekal yang sangat banyak dengan menggaji ramai pekerja untuk berkhidmat kepada keperluan-keperluan Malaysia. Kalau kemudahan-kemudahan ini tidak digunakan maka ekonomi Singapura akan terjejas. Apbila dipertimbangkan, maka didapati bahawa Singapura lebih memerlukan Malaysia daripada Malaysia memerlukan Singapura. Namun, masih terdapat juga saling bergantung antara kedua belah pihak dan untuk sementara waktu sekurang kurangnya persahabatan antara kedua buah negara menguntungkan kedua-duanya.

Hubungan yang tegang dalam tahun-tahun selepas Singapura merdeka menyebabkan Malaysia memajukan Pelabuhan Kelang (Port Swettenham) sebagai pelabuhan utama Semenanjung Malaysia. Kalau dahulunya jalanraya dibina mengikut bentuk topografi semulajadi negara ini, tetapi sekarang yang menjadi halangan kepada pembinaan jalanraya adalah peruntukan wang. Malaysia telahpun sibuk membina jalanraya dari Kuala Lumpur ikut jalan paling dekat ke bandar-bandar utama di utara, timur dan selatan. Kuala Lumpur dihubungkan dengan Selat Kelang Utara oleh Lebuhraya Persekutuan I. Apabila sistem jalan ini siap, maka Pelabuhan Kelang akan menjadi pelabuhan yang terdekat bagi kebanyakan kawasan utara dan timur Semenanjung. Hanya sebahagian kawasan selatan sahaja yang dekat dengan Singapura. Pada Malaysia, kedudukan geografi Singapura tidak akan kekal lama sebagai faktor utama. Jadi penggunaan Singapura sebagai pelabuhan Malaysia tidak akan bergantung kepada faktor-faktor geografi sebaliknya bergantung kepada dasar.

Sudah tentulah Singapura akan mencari jalan dan helah agar dirinya tidak begitu bergantung kepada Malaysia bagi per tahanannya. Nampaknya usaha mengatasi faktor saiz geografi yang terhad agak lebih sukar daripada menyelesaikan masalah masalah fizikal dalam pembinaan jalan.

Daripada sudut sejarah, hubungan antara Tanah Melayu dan Singapura sudah diketahui umum. Singapura menjadi milik Johor sehinggalah orang Inggeris, Sir Stamford Raffles, menabalkan Sultan baru dan memperoleh konsesi yang diragukan. Sultan tadi diketepikan apabila kegunaannya tidak bermanfaat lagi. Sebab utama British mengambil alih Singapura adalah kerana kelemahan negeri Johor. Tindakan itu tidak bersangkut paut dengan undang-undang. Hakikat bahawa sekarang persamaan pelajaran dan lain-lain. Jika perkara-perkara ini kena-mengena lagi sejarah Singapura dalam Tanah Melayu. Oleh itu tidak ada gunanya bercakap tentang hubungan sejarah kedua-dua sistem kerajaan, tentang bahasa, pentadbiran, ten-tang persamaan pelajaran dan lain-lan. Jikalau perkara-perkara ini penting untuk mempengaruhi hubungan antara negara-negara, maka tentulah yang kononnya dikatakan Negara-negara Komanwel British itu akan menjadi barisan bersatu yang kuat. Hakikatnya ialah bahawa sejarah dibuat oleh manusia dan manusia yang membuat sejarah itu biasanya tidak berpandukan masa lampau, melainkan dipandu oleh yang ada kaitannya dalam masa hidup mereka. Oleh kerana itu sejarah boleh diketepikan apabila kita membuat ramalan mengenai hubungan masa depan antara Malaysia dan Singapura. Perkara yang sama tidak dapat dikatakan mengenai ideologi. Ideologi dan sistem kerajaan sekarang memainkan peranan yang besar, sama ada merapatkan atau merenggangkan negaranegara berkenaan. Wujudnya beberapa blok negara sebahagian besarnya disebabkan oleh ideologi dan sistem kerajaan. Malaysia dan Singapura tidak mempunyai ideologi — ataupun dengan cara yang agak negatif dapatlah dikatakan bahawa ideologi kedua-dua buah negara ini ialah wujud tanpa ideologi. Persa maan ini sangatlah penting. Jika Singapura menjadi negarakomunis, dan kemungkinannya menjadi negara komunis masih belum hapus, maka Singapura akan tidak sesuai lagi dengan Malaysia. Tetapi Singapura memutuskan untuk memelihara demokrasi berparlimen pada zahirnya. Singapura juga pragmatik dalam pendekatannya terhadap berbagai masalah. Singapura juga dapat bertolak ansur. Dalam semua perkara ini terdapat persamaan dengan Malaysia. Malaysia adalah negara demokrasi berparlimen. Malaysia juga pragmatik dan dapat bertolak ansur.

Oleh kerana itu Malaysia dan Singapura boleh menjadi sahabat baik, rakan dalam perdagangan dan mungkin juga sekutu dalam waktu perang dan waktu damai. Malangnya, ideologi dan sistem kerajaan yang dapat mendekatkan negara negara yang terpisah dari segi fizikal, hilang kesannya apabila negara-negara tersebut begitu dekat ataupun jiran sebelah menyebelah. Faktor-faktor lain yang boleh menyekat persefahaman bersama mengenai ideologi sering mencelah.

Di Malaysia dan Singapura, pengaruh bukan-ideologi dan persamaan sistem kerajaan diganggu oleh faktor-faktor kaum dan personaliti yang timbul oleh sebab berhampiran. Singapura pada dasarnya negara orang Cina mempunyai kaum-kaum minoriti, dan penduduknya mempunyai hubungan kaum dengan penduduk di Malaysia. Sebaliknya, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan kerana itu Malaysia memandang Singapura, terutamanya, sebagai negara orang Cina, sedangkan Singapura pula menuduh Malaysia sebagai negara orang Melayu.

 

Saya tidak akan membela pendirian Singapura ataupun pendirian Malaysia. Tetapi sikap yang diambil oleh kedua-dua negara akibat dari kepercayaan-kepercayaan ini tidaklah meng galakkan hubungan yang baik. Saya berkata kepada Pyramid Club bahawa Singapura, kerana sakit hati disebabkan perpisahan yang menghinakan itu, tidak pernah melepaskan peluang untuk memperkecilkan Malaysia sebagai negara feudal, pemboros, tidak cekap dan dikuasai oleh orang-orang yang tidak layak memerintah. Tema ini dimainkan sepanjang masa melalui akhbar, radio dan TV dan di Semenanjung Malaysia pula saki baki penyokong PAP masih meneruskan perbincangan yang menjadi punca perpisahan Singapura dan Malaysia. Sebagai tin dakan balas, Malaysia seperti kebiasaannya cuba menimbulkan soal ketiadaan demokrasi tulen di Singapura, sistem satu parti yang diamalkannya dan kuasa mutlak orang Cina di Singapura.

Selain daripada salah faham ini, terutamanya disebabkan oleh komposisi kaum, perhubungan kedua-dua negara ini cukup rapat untuk para pemimpinnya kenal mengenal dengan baik. Hubungan peribadi ini malahan lebih rapat disebabkan oleh persekutuan dahulu. Hubungan ini tentunya dapat memberikan persefahaman yang lebih baik antara pemimpin-pemimpin tadi, tetapi pertelingkahan kepentingan segera menyebabkan kedua-dua pihak tidak dapat bersetuju antara satu sama lain. Pertelingkahan kepentingan ini menjadi pertelingkahan peribadi yang mempengaruhi cara berfikir pemimpin di kedua belah tambak Johor.

Pemerhati yang paling optimistik sekali pun tentunya meng anggap perhubungan di antara Malaysia dan Singapura sekarang ini tegang. Nampaknya jika diingat kembali, Singapura tidak faham akan makna perpisahan yang dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin mereka, ataupun Singapura berharap menyertai Malaysia semula dalam waktu yang agak singkat. Sama ada ini berbangkit kerana salah tanggapan ataupun sebagai harapan, tidak ada kesangsian bahawa Singapura sebenarnya tidak mengkaji syarat-syarat perpisahan itu dengan teliti. Pemimpin-pemimpin Singapura suka benar berkata bahawa mereka tidak pernah berbuat sesuatu tanpa membuat perhitungan terlebih dahulu. Dalam soal pemisahan ini, nampaknya mereka tidak membuat perhitungan ataupun membuatnya secara tidak cermat. Misalnya, soal penempatan tentera di Singapura. Kemudian ada pula perjanjian meminta bantuan Malaysia jika sekiranya berlaku kacau-bilau di Singapura. Sistem kewangan tidak akan berubah dan ada berpuluh-puluh lagi perkara lain yang sangat penting tetapi Singapura sedikit pun tidak pula berusaha menimbulkannya sebelum perpisahan dipersetujui.

Apabila Singapura cedar tentang implikasi dan betapa kekalnya perpisahan itu, maka pemimpin-pemimpinnya pun berubah dan menukar haluan ke arah berkonfrontasi dengan Malaysia. Perjanjian-perjanjian yang dipersetujui bersama telah ditolak oleh pihak Singapura tanpa sebarang rundingan, dan penolakan ini dilakukan dengan cara yang hanya boleh dianggap sebagai kasar dan provokatif. Memanglah benar bahawa kebanyakan syarat perjanjian yang telah dipersetujui oleh Singapura pada waktu perpisahan itu dahulu menguntungkan Malaysia. Benarlah pula bahawa syarat-syarat tersebut hampir tidak secocok dengan Singapura yang merdeka lagi berdaulat. Benarlah bahawa syarat-syarat ini perlu dipinda pada suatu masa nanti. Akan tetapi cara Singapura mengubah syarat-syarat yang telah dipersetujui adalah sedemikian rupa hingga menyu karkan hubungan baik antara kedua-dua negara bukan sahaja untuk masa kini tetapi juga untuk sekian lama di masa hadapan.

Seolah-olah memutar-balikkan persetujuan-persetujuan ini masih belum cukup, Singapura menggubal-reka lebih banyak tindakan yang provokatif. Dengan demikian semakin sukarlah bagi Malaysia untuk memahami alasan-alasan kepada tindakan tindakan Singapura itu. Salah satu keputusan yang tidak difikir kan semasak-masaknya ialah langkah menghantar balik orang orang Malaysia yang bekerja di Singapura. Apabila kita mengingatkan bahawa Singapura adalah negara yang sentiasa memperhitungkan sesuatu dengan teliti, maka amat sukar hendak memahami keputusan begini.

Namun begitu, Singapura tidak menunjukkan keinginan untuk mengurang dan menghentikan tindakannya itu. Suatu contoh umum ialah peristiwa Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura. Kita akui bahawa menurut susunan sekarang kebanyakan daripada keuntungan yang diperolehi oleh sistem penerbang dwi-negara ini disebabkan oleh lalulintas udara Singapura. Tetapi haruslah diingat bahawa untung syarikat penerbangan itu bukan sahaja timbul daripada dividen yang dibayarnya, tetapi juga dari aliran pertukaran asing dan juga pekerjaan yang diwujudkan. Tanpa sebarang keraguan sedikit pun faedah-faedah ini lebih besar kepada Singapura daripada sahamnya dalam syarikat penerbangan itu ataupun keuntungan yang dibawa oleh Singapura. Namun begitu Singapura enggan memberi peluang pekerjaan walaupun kepada sejumlah kecil orang Malaysia. Permit-permit kerja untuk pekerja-pekerja baru ditahan dan syarat bagi orang-orang Malaysia yang sudah bekerja di Singapura menjadi lebih sukar. Perkara yang berlaku kepada Syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura boleh juga berlaku kepada lain-lain perjanjian bersama antara Singapura dan Malaysia.

Bagaimanakah pula dengan masa depan? Apakah bentuk hubungan yang akan berkembang pada masa depan? Semuanya bergantung kepada para pemimpin.

Pada masa ini Eropah lebih homogen daripada yang pernah kita fikirkan, semata-mata kerana kebanyakan pemimpinnya memikirkan mengenai masa depan negara mereka, bukannya memikirkan masa yang lampau. Dalam konteks ini, Asia adalah kira-kira tiga puluh tahun ketinggalan di belakang Eropah. Kita sekarang sedang melalui satu fasa nasionalisme sempit yang menjadi ciri Eropah dalam tahun-tahun antara Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Konsep kerjasama serantau masih lagi di peringkat awal. Seperti Eropah dalam tahun-tahun tiga-puluhan, negara-negara Asia masih sibuk mengatur rancangan untuk mencapai kedudukan yang lebih superior dari segi strategi daripada jiran-jirannya. Ini seringkali dilakukan dengan pertolongan rakan-rakan di benua lain. Bezanya hanya lah kita tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan tindakan-tindakan yang betul-betul agresif. Kita gemar dengan tindakan-tindakan yang menggelikan hati seperti membuat undang-undang untuk menggabungkan daerah-daerah jiran, walaupun kita tahu benar bahawa kita tidak mempunyai alat untuk menguatkuasakan undang-undang itu.

Nasionalisme sempit yang merupakan suatu ciri di Asia seka rang juga telah mempengaruhi cara berfikir pemimpin pemimpin Malaysia dan Singapura. Dengan itu satu-satunya hubungan yang mungkin wujud  antara kedua-dua pihak ialah konfrontasi yang boleh memusnahkan. Menteri Luar Singapura misalnya, berpendapat bahawa di sebalik nasionalisme yang wujud ini adalah nasionalisme yang lebih hebat lagi. Menteri Luar ini tidak sedikitpun memikirkan tentang dunia yang bersatu padu yang dicita-citakan, ataupun sekurang-kurangnya dunia yang hidup bersama, malahan berfikir tentang persefahaman serantau pun tidak. Cara berfikir seperti ini oleh seorang Menteri Luar negara yang menjadi anggota organisasi serantau boleh menyebabkan harapan untuk bekerjasama semakin tipis. Nasionalisme sempit ini nampaknya suatu fasa yang sementara dan pemimpin-pemimpin baru dengan pandangan yang lebih luas akhirnya akan menggantikan mereka. Bagaimanapun, harapan bagi perubahan ini amat tipis untuk beberapa lama lagi.

Sebahagian besar daripada perdagangan Malaysia adalah melalui Singapura. Tambahan pula, tidak terbilang banyaknya firma-firma yang beribu pejabat di Singapura, dan ini meng akibatkan penumpuan wang dan perbelanjaan di Singapura. Se kurang-kurangnya sebuah syarikat minyak mempunyai kilang penapisnya di Singapura sedangkan hasilnya dijual di Malaysia. Misalan yang paling klasik adalah MSA. Semua perolehan asing daripada perusahaan dwinegara ini mengalir ke Singapura. Bolehlah dikatakan bahawa Malaysia bergantung kepada Singapura untuk kegiatan perdagangannya seperti juga Indonesia nampaknya bergantung kepada Singapura. Bagi Malaysia soalnya bukanlah kerana kekurangan keupayaan tetapi semata mata untuk kemudahan sementara. Apabila sahaja perkhid matan yang dijual oleh Singapura sudah terlalu mahal dan tidak secocok dengan kemerdekaan Malaysia, maka Malaysia akan membangunkan kemudahan-kemudahannya sendiri.

Malaysia mungkin tidak akan menuntut agar sebahagian daripada warganegaranya hendaklah diberi pekerjaan di Singapura, tetapi Malaysia sudah pastilah tidak dapat membiarkan penekanan terhadap warganegaranya. Di camping itu, lebih ramai orang Singapura yang bekerja di Malaysia daripada orang Malaysia yang bekerja di Singapura. Pendapatan orang Singapura di Malaysia lebih besar daripada pendapatan orang Malaysia di Singapura, oleh kerana orang Malaysia di sana bekerja sebagai buruh dan lain-lain pekerjaan yang bergaji randah. Singapura tentu sedar akan segala hal ini kerana is dipimpim oleh pemimpin-pemimpin yang bijak — namun begitu, Singapura telah membuat keputusan untuk bertindak dengan cara-cara yang tidak sepatutnya. Misalnya, peristiwa `Operasi Pertukaran' telah membuktikan sikap ini. Kita tentunya menyangka bahawa Singapura akan berhenti mengganggu orang-orang Malaysia dan Kerajaan Malaysia tetapi sebagaimana yang ditunjukkan oleh peristiwa MSA, Singapura bermaksud menggunakan semua peluang yang ada padanya. Ada bidang-bidang lain lagi yang mana Singapura menunjukkan sikapnya yang tidak mahu bekerjasama, malahan sangat provokatif.
Mengingatkan sikap Singapura ini, Malaysia telah membuat persediaannya yang akan menyebabkan Singapura kehilangan kedudukan sebagai rakan perdagangan yang penting dan mungkin juga sebagai pangkalan pertahanan yang strategik. Persediaan-persediaan ini banyak sekali menelan belanja dan melibatkan berjuta-juta ringgit, mencari rakan-rakan perda gangan yang baru di seberang laut dan membina bangunan bangunan dan peralatan-peralatan yang lebih kekal. Apabila siap, semua persediaan dan alat ini perlu dijaga dan digunakan dengan sepenuhnya. Adalah agak mustahil bahawa persaha batan dengan Singapura di masa-masa hadapan akan menyebabkan Malaysia tidak akan menggunakan pelabuhan sendiri, sistem pertahanan sendiri dan hubungan perdagangan luar negeri sendiri semata-mata untuk mengembalikan semula keadaan yang wujud sekarang.

Andainya Singapura penting bagi Malaysia dari segi perdagangan dan strategi, maka hubungan di antara Singapura dan Malaysia patut bergantung sepenuhnya kepada politik kedua dua negara tersebut. Singapura adalah sebuah pulau dalam berbagai segi. Dalam gugusan kepulauan Melayu, Singapura menonjol di tengah-tengah. Kemajuan dan kemakmuran Singapura terpaksa bergantung kepada jirannya bahkan kepada kerugian yang akan dialami oleh jirannya. Unsur-unsur irihati dan cemburu terhadap Singapura tentulah ada. Berdasarkan kepada pertalian kaum, cuma Malaysia sahaja yang dapat diharapkan oleh Singapura untuk menjadi sahabat yang tulen. Satu-satunya sebab kenapa hubungan antara Singapura dan Malaysia tidak menjadi lebih tegang daripada sekarang ini ialah kerana orang Cina di Malaysia ingin memelihara hubungan yang baik dengan Singapura.

Orang Cina di Malaysia memang faham betapa perlunya mereka bekerjasama dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Usaha-usaha Singapura untuk melemahkan pengaruh orang orang Cina ini dengan membangkitkan perasaan chauvinis Cina, yang hanya boleh hidup subur di Singapura, akan menyebabkan kemarahan di kalangan orang Cina di Malaysia. Jika orang-orang Cina di Malaysia memutuskan bahawa persahabatan dengan Singapura mungkin akan merugikan Malaysia, yang tidak bergantung kepada Singapura dari segi perniagaan, maka usaha mereka untuk mengekalkan hubungan dengan Singapura tidak akan luput. Sebaliknya pula, jika Singapura menghentikan usaha menimbulkan gambaran yang tidak baik tentang Malaysia, maka kemungkinan hubungan persahabatan masa depan adalah agak baik. Sama ada hubungan persahabatan tanpa bergantung kepada perdagangan menyenangkan Singapura atau tidak itu adalah soal lain pula. Nyatalah bahawa apa jua yang akan terjadi terhadap perhubungan Malaysia dan Singapura amat bergantung kepada sikap dan tindakan Singapura.

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

Terakhir dikemaskini (Ahad, 01 November 2009 14:23)

 
Statistik Laman


counter

Profile

Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengarah Institut Peradaban Melayu, 01 November sehingga kini

Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Pengarah (1 April 2011-30 Oktober 2011) & Penyandang Kursi Za'ba, (01 April 2011 sehingga kini)

Dr. Hj. Idris Radzi, Pengarah, 16 Jun 2010 - 31 Mac 2011

abdullah

Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, 1 Julai 2008 - 30 April 2010.

kursi

Prof. Dr. Adnan Nawang, Penyandang Ketiga Kursi Za'ba.

Pengarah Ke-2

Prof. Datuk Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Pengarah & Penyandang Kedua Kursi Za'ba, Mac 2006 - Februari 2008.

asmah

Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah & Penyandang Pertama Kursi Za'ba, Disember 2001 - Ogos 2005.