As salamu alaikum.

Kenangan Prof. Itu juga mengingatkan saya kepada kenangan di Institut ini ketika saya mengajar di Sekolah Menengah Kai Chung, Bintangor, Sarawak, dulunya dikenali dengan nama Binatang, pada tahun 1980 hingga 1984. Saya kerap kali pergi ke Institut ini kerana menziarahi rakan-rakan saya yang mengajar di Institut Perguruan Rajang ini, antaranya: Velentine, Abdullah (2 orang),Ismail, Zamani, Rafeah dan beberapa orang lagi yang saya lupa namanya. Mereka semua orang Semenanjung kecuali Velentine.

Institut Perguruan Rajang yang dulu dikenali sebagi Maktab Perguruan Rajang yang kedudukannya di tengah-tengah antara bandar Bintangor dan Sarikei ibu kota Bahagian Keenam Sarawak. Pada masa itu ia boleh dikunjungi dari Bintangor dengan kereta, teksi, motor dan bas. Jalan rayanya tidak elok ketika itu. Jikalau menaiki bas eloklah berdiri daripada duduk, jalannya berbatu besar tidak rata dan melambung-lambung.

Cermin depan teksi semuanya memasang jaring yang tebal bag...