Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

Penyata Fenn-Wu 1951

Entri asal: 23 Disember 2008

Fenn-Wu membuat pemerhatian bahawa "sesuatu kelompok yang hanya mahu mengekalkan budayanya, dan ketaatannya terletak di luar, tidak akan dapat berkhidmat dengan taatnya untuk Malaya." 

Walau bagaimanapun, mereka menentang "sebarang penurunan taraf bahasa Cina ke peringkat yang lebih rendah, yang akan mengakibatkan penghapusan bahasa dan budaya Cina di Malaya ..." (Fenn-Wu 1951).

Hasrat-hasrat ini, jikalau dilihat lebih rapi akan didapati bertentangan.  Mengecam ketaatan kepada negara Cina memanglah benar, tetapi memberi ketaatan kepada sebuah negara baru adalah suatu hal lain.  Mereka membuat pengamatan:

"Bahasa Cina, Inggeris, Melayu dan Tamil adalah bahasa pertama atau kedua bagi ramai rakyat Malaya.  Dan "pernah dihujahkan bahawa pemersatuan dapat dicapai walaupun wujud bahasa-bahasa yang berlainan ...

Pada pihak lain pula, pernah dihujahkan, untuk mewujudkan pertalian kemasyarakatan, ekonomi dan politik, maka perlulah wujud sebuah bahasa perhubungan, untuk menimbulkan pemersatuan rakyat Malaya" (Fenn-Wu 1951).

Walau bagaimanapun jelas, bahawa bahasa perhubungan yang dimaksudkan itu bukanlah bahasa Melayu.  Ini jelas dalam ayat berikut.  "manusia yang menuturkan bahasa Inggeris sudah menubuhkan negara-negara besar yang menuturkan bahasa Inggeris di seberang laut.

Oleh sebab itu kami mencurigai kebijaksanaan Malaya untuk membina negara berdasarkan identiti sejarah dan politik yang berlainan daripada itu" (Fenn-Wu 1951).

Pendirian mereka terhadap bahasa Melayu juga cukup jelas. Jawatankuasa itu "mengiktiraf bahasa Melayu itu patut dijadikan bahasa rasmi dan diwajibkan diajar di sekolah, dan patut dikaji oleh semua rakyat Malaya sebagai sebuah bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu, tetapi laporan itu tidak mengandungi perakuan untuk meletakkan bahasa Melayu itu pada taraf demikian.

Walaupun jawatankuasa itu mengatakan bahasa demikian boleh memberi sumbangan terhadap kefahaman antara kaum, dan jawatankuasa itu turut membuat perakuan bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa perdagangan di Malaya ... dan di dunia ... dan pengajarannya hendaklah ditingkatkan di sekolah-sekolah Cina. 

Jawatankuasa itu juga menyimpulkan bahawa bahasa Cina itu merupakan sebuah bahasa besar di dunia "... dan bangsa-bangsa lain juga harus mendapat manfaat mempelajarinya" (Fenn-Wu 1951). 

Jelas bahawa jawatankuasa itu tidak memberi tempat kepada bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Cina di Malaya.

Laporan jawatankuasa itu, pada mulanya difikirkan agak bersimpati dengan bahasa Melayu kerana mereka berkata "... tidak ada yang dipertikaikan dengan kedwibahasaan.  Kami yakin bahawa pendidikan awal kanak-kanak ... perlulah dalam bahasa ibundanya. Mulai tahun ketiga, bahasa kedua (Inggeris) bolehlah diajarkan ... dan pada tahun kelima, mungkin bahasa ketiga pula (Bahasa Melayu) bolehlah diperkenalkan" (Fenn-Wu 1951).

Keengganan menerima bahasa Melayu itu agak ketara.  Mereka berkata "... bahasa Melayu itu agak mudah dipelajari dan telah diketahui sedikit oleh murid-murid Cina melalui pertembungan dengan murid-murid Melayu....  Oleh sebab itu murid-murid Cina akan terus menjadi dwibahasa untuk berlajar (dan tribahasa untuk bertutur) selepas tamat pendidikan menengahnya."

Malah jawatankuasa itumemberi amaran "... bahawa sebarang percubaan untuk memaksa percantuman akan hanya menimbulkan ... perpecahan ... Suatu penyelesaian terhadap masalah berbilang bahasa ini mestilah dicari, bukan daripada iktibar sejarah, tetapi melalui persetujuan semua kaum etnik di Malaya." (Fenn-Wu 1951).

Penyata Razak yang berikut banyak memberi perhatian kepada Laporan Fenn-Wu itu.</strong>

Comments (0)
Write comment
Your Contact Details:
Comment:
[b] [i] [u] [url] [quote] [code] [img]   
:D:angry::angry-red::evil::idea::love::x:no-comments::ooo::pirate::?::(
:sleep::););)):0
Security
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
 
Statistik Laman


counter

Profile

Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengarah Institut Peradaban Melayu, 01 November sehingga kini

Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Pengarah (1 April 2011-30 Oktober 2011) & Penyandang Kursi Za'ba, (01 April 2011 sehingga kini)

Dr. Hj. Idris Radzi, Pengarah, 16 Jun 2010 - 31 Mac 2011

abdullah

Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, 1 Julai 2008 - 30 April 2010.

kursi

Prof. Dr. Adnan Nawang, Penyandang Ketiga Kursi Za'ba.

Pengarah Ke-2

Prof. Datuk Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Pengarah & Penyandang Kedua Kursi Za'ba, Mac 2006 - Februari 2008.

asmah

Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah & Penyandang Pertama Kursi Za'ba, Disember 2001 - Ogos 2005.