Joomla TemplatesBest Web HostingBest Joomla Hosting

Institut Peradaban Melayu

Syarahan Perdana Za'ba Pertama: Metzger

Nilai-Nilai Melayu. Satu Sudut Pandangan Orang Luar oleh Dr. Laurent Metzger


Bilik Serbaguna, Perpustakaan Bainon, UPSI Tanjung Malim, 12hb Disember 2006

Syarahan Dr. Laurent Metzger

Prof Madya, Universiti La Rochelle, Perancis

metzger

Pengenalan


Terlebih dahulu izinkan saya merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada UPSI secara amnya dan kepada Dato Prof Dr Asmah Haji Omar secara khususnya oleh sebab saya diminta dan dipercayai membuat kajian ini.

Sebelum kita mulai membincangkan soal nilai-nilai orang Melayu, eloklah kita menentukan makna beberapa perkataan yang berkanaan dengan pokok ini dan yang kita akan mengunakan pada pagi yang berseri ini.

Pertama perkataan “Nilai,” pada saya terdapat dua unsur penting dalam konsep nilai:

 

Pertama, nilai merupakan sesuatu yang dipegang erat atau dianggap penting dalam sesebuah satu masyarakat atau negara.




Prof. Madya Dr. Laurent Metzger

Terakhir dikemaskini (Selasa, 09 Februari 2010 00:45)

Baca Lagi...

 

Syarahan Perdana Za'ba Kedua: Ahmad Sarji

Kesan Pelaksanaan Skim Amanah Kepada Masyarakat Melayu


Y.Bhg. Tan Sri Dato' Seri (Dr) Ahmad Sarji Abdul Hamid

as
Pengerusi PNB

Di Auditorium Utama UPSI
26 Julai 2007

Sesungguhnya segala puji milik Allah. Kita memuji, memohon pertolongan dan petunjuk hanya kepada-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari keburukan jiwa kita dan dari keburukan amal perbuatan kita. Selawat dan salam kita sampaikan kepada Rasulullah s.a.w., keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti petunjuknya. Bersyukur kita ke hadrat Allah subhanahu wata’ala, oleh kerana dengan limpah keizinan dan inayahNya maka kita dapat sama-sama berada di dalam dewan ini sempena persidangan Peradaban Melayu siri kedua. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris kerana sudi menjemput saya memberi syarahan bertajuk “Kesan Pelaksanaan Skim Unit Amanah PNB Ke Arah Perubahan Minda Masyarakat Melayu.”

Terakhir dikemaskini (Rabu, 13 Januari 2010 08:31)

Baca Lagi...

 

SIRI SYARAHAN PERDANA ZA'BA

SIRI SYARAHAN PERDANA ZA'BA

Institut Peradaban Melayu menganjurkan Siri Syarahan Perdana Za'ba, sebagai wadah bagi membina dan menghidupkan pemikiran intelektual bagi memacu perubahan yang membina dalam minda Melayu. Ini dilakukan mengambil sempena ketokohan dan kesarjanaan Za'ba sebagai seorang intelektual yang mahu mengubah dan memajukan masyarakatnya.

Syarahan yang sudah dijalankan adalah seperti berikut:


1. Syarahan Perdana Za'ba Ke-1

Nilai-Nilai Melayu: Satu Sudut Pandangan Orang Luar oleh Y. Bhg. Dr. Laurent Metzger, Universiti De La Rochelle, La Rochelle, Perancis, pada 12 Disember 2006 di Auditorium Utama, UPSI.


2. Syarahan Perdana Za'ba Ke-2

Kesan Pelaksanaan Skim Amanah Kepada Masyarakat Melayu, oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Sarji Abdul Hamid, pada 26 Julai 2007 di Auditorium Utama, UPSI.


3. Syarahan Perdana Za'ba Ke-3

Za’ba Sebagai Tokoh Cendekiawan Melayu, oleh YM Profesor Diraja Ungku A. Aziz, pada 4 September 2007, di Auditorium Utama, UPSI. Dalam acara yang sama, beliau diberi Anugerah Tokoh Pendeta Za’ba.


4. Syarahan Perdana Za'ba Ke-4

Pembudayaan Peradaban Melayu dalam Filem-Filem Malaysia oleh YB Senator Tan Sri Datuk (Dr.) Jins Shamsudin, pada 25 Februari 2008, di Auditorium Utama, UPSI.


5. Syarahan Perdana Za'ba Ke-5

Pemikiran Pendidikan Za'ba tentang Pendidikan Bangsa Melayu, oleh Y. Bhg. Prof. Dr. Adnan Nawang, Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UPSI, pada 16 Disember 2008, di Bilik Persidangan, Pusat Penyelidikan Global Aminuddin Baki, UPSI.


6. Syarahan Perdana Za'ba Ke-6

Membina Kebudayaan Kebangsaan Malaysia, oleh ................................, Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi, pada ...................... di Dewan SITC, UPSI.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 13 Januari 2010 07:00)

 

Syarahan Perdana Za'ba Kelima: Adnan

nan

Pemikiran Za'ba tentang Pendidikan Bangsa Melayu

Prof. Adnan Nawang
Jabatan Sejarah, UPSI

Di Institut Global Aminuddin Baki
Pada 16 Disember 2008

Abstrak

Za’ba (1895-1973) adalah salah seorang cendekiawan Melayu yang amat perhatin tentang berbagai masalah yang dihadapi oleh bangsanya. Isu terpenting yang menarik perhatiannya adalah kemiskinan Melayu. Persoalan ini dianggapnya menjadi punca kepada berbagai masalah sosial, ekonomi dan politik mereka. Jalan terpenting bagi menyelamatkan orang Melayu daripada belenggu kemiskinan itu adalah melalui pendidikan.  Ini pernah dirujukkannya sebagai “jalan keselamatan” kepada orang Melayu. Ini menjadikan Za’ba, yang kebetulannya menjadi pendidik sejak 1916 dan Pengarang di Malay Translation Bureau di SITC (1924-1939), banyak memperkatakan masalah tersebut dalam tulisannya sejak 1917. Perhatian akan diberikan kepada konsep pendidikan Melayu Za’ba dalam hubungannya dengan dasar pendidikan British serta sikap masayarakat Melayu, ulama, pembesar dan pegawai British berhubung dengan pengenalan dan perkembangan pendidikan Melayu di negeri-negeri Melayu.

Terakhir dikemaskini (Rabu, 13 Januari 2010 08:41)

Baca Lagi...

 

Menghilir di Sungai Pahang

 
Statistik Laman


counter

Profile

Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar, Pengarah Institut Peradaban Melayu, 01 November sehingga kini

Tan Sri Dr. Nordin Kardi, Pengarah (1 April 2011-30 Oktober 2011) & Penyandang Kursi Za'ba, (01 April 2011 sehingga kini)

Dr. Hj. Idris Radzi, Pengarah, 16 Jun 2010 - 31 Mac 2011

abdullah

Prof. Emeritus Abdullah Hassan, Pengarah, 1 Julai 2008 - 30 April 2010.

kursi

Prof. Dr. Adnan Nawang, Penyandang Ketiga Kursi Za'ba.

Pengarah Ke-2

Prof. Datuk Dr. Ahmad Bin Haji Zainuddin, Pengarah & Penyandang Kedua Kursi Za'ba, Mac 2006 - Februari 2008.

asmah

Prof. Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah & Penyandang Pertama Kursi Za'ba, Disember 2001 - Ogos 2005.