Untitled Document

KIESTA UPSI 2018 - Aminuddin Baki peroleh pingat Gangsa dalam acara futsal kategori Lelaki

UPSI, Khamis, 12 April 2018:-

Karnival Sukan Staff UPSI 2018 (KIESTA UPSI 2018) telah berlangsung dari 5 April sehingga 15 April bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan sepanjang karnival tersebut berlangsung seperti acara bola sepak, bola jaring, bola tampar, catur, sepak takraw dan lain - lain. Sudah semestikan tumpuan kearah kontijen Aminuddin Baki dalam acara futsal lelaki yang tampil sebagai pasukan bukan pilihan untuk mara ke peringkat separuh akhir turut mencipta kejutan dengan memperolehi pingat gangsa dalam acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada barisan pemain futsal lelaki Aminuddin Baki diatas kejayaan tersebut tanpa mengenal erti putus asa dan mempunyai semangat juang yang tinggi.